Saturday, September 13, 2014

UPSR 2014....Soalan bocor salah siapa?

Selalunya kedengaran musim peperiksaan soalan bocor.  Di manakah ketatnya dan rahsianya , akauntabiliti dan intergriti penjawan awam dari jawatan Pengarah  Peperiksaan , hinggalah kepada guru , namun Menteri Pendidikan menyalahkan penjawat awam....entahlah semakin lajunya kumonikasi kemudahan telefon pintar semakin derasnya soalan bocor ke seluruh pelosok Malaysia, namun hakikatnya kebocoran itu tidak melitupi semua sekolah  terutamanya  di pedalaman yang kekurangan ICT. Pengulangan peperiksaan UPSR melibatkan hampir setengah juta murid sekolah rendah.
  Setelah diumumkan soalan Bahasa Inggersi dan Sains bocor, muridku pula menambah soalan Matematik pun bocor juga seperti yang didengar melalui berita dan desas desus.  Sakit hatiku apabila aku mengatakan bahawa setakat ini Lembaga Peperiksaan  Malaysia menyatakan bahawa Kertas Bahasa Inggeris perlu diulangsemula dan kertas Sains.  Syukurlah dua kertas sahaja.

  Bagiku,  sepanjang menhajar tahunmurid Tahun 6, tak pernah dapat kertas soalan yang diwar-warkan bocor.  Aku hanya menumpukan kepada kelas tambahan dan selepas bulan Mei, latihan-latihan gerak gempur. Sekolah-sekolah yang mendapat soalan bocor mestilah mendapat keputusan yang melonjak, memang benar sekolah jiranku pernah mendapat 28 orang 5A, memang pecah rekod, rupa-rupanya ada itulah rahsianya.  Kami tak hairan pun.  Kami sebagai guru tetap berdiri teguh dengan kelas tambahan pagi, tengah hari dan malam. Biarkanlah Allah menentukan-Nya setelah kita berusaha. Heboh di sana-sini menyatakan 4 lokasi panas soalan bocor dikenalpasti.  Bermacam-macam andaian.  Semoga kebocoran soalan ini tidak menjadi pertelingkahan semua pihak.  Sepatutnya kita mestilah   sedar , janganlah memaksa setiap guru atau sekolah mendapat keputusan 100% kerana sumber manusia kita berbeza,.Kadang-kala keputusan UPSR jatuh terhentak, maka berkampunglah Nazir di sekolah itu. Bukan guru tidak berusaha kalau dapat murid yang kurang usaha, selalu ponteng dan tidak ada hati untuk belajar , dah berbagai usaha dilakukan, terserahlah.

  Ketahuilah kami  guru bukan mahu mendapat keputusan begitu, namun ada kebocoran dari segi minda murid-murid , dari segi pembelajaran.  Guru yang pening kepala menampal kebocoran pembelajaran yang dipelajari terutama murid di pedalaman.  Banyak kekurangannya terutama taraf pendapatan yang rendah, pemakanan dan kekurangan kemudahan seperti komputer, internet dan persaingan yang rendah.
  Semoga peristiwa ini membuka minda Nazir-nazir yang berkeliaran memantau guru, kesibukan guru dengan PBS, kerja-kerja perkeranian, pendokumentasi setiap program dan karenah anak murid yang semakin membebankan guru ditambah karenah ibu bapa yang kurang prihatin terhadap anak mereka  terutama sahsiah dan tanggungjawab sebagai murid sekolah.
   Sepanjang 30 tahun  aku bergelumang dengan dunia pendidikan,semakin sukar untuk mengajar murid-murid terutama yang berlagak pandai dan tidak mahu mendengar nasihat guru. Disiplin murid 30 tahun yang lalu adalah lebih baik .  Namun ada juga kebaikan murid sekarang , bukanlah semuanya tidak harmoni seperti dahulu tetapi inilah hakikatnya .....kemerosotan disiplin semakin ketara manusia  kerana manusia berubah mengikut zaman.
  Semoga anak muridku tidak patah semangat dan boleh menduduki peperiksaan UPSR semula....ingat ini adalah dugaan dan ketentuan daripada Allah s.w.t.

1 comment:

  1. akibat soalan bocor..Kertas Sains ditangguhkan, Bahasa Inggeris dan Matematik Kertas i diulang semula....30 September dan 9 Oktober 2014. Murid sekolahku ibarat sudah jatuh ditimpa tangga....seminggu sebelum UPSR, premis kantin ditutup, seharii sebelum UPSR 4 pintu rumah sewa murid sekolahku terbakar, soalan bocor pula, dan kena ulangan lagi.

    ReplyDelete