Sejak berpindah ke Melaka ni, banyak betul tugas yang perlu digalas, maklumlah sekolah kecil dan bilangan guru sedikit. Mesyuarat pesta pantun peringkat negeri Melaka telah diadakan pada 26/2/2015. Pesta Pantun Peringkat Negeri Melaka 2015 akan diadakan di SKMT sekolahku sebagai tuan rumah. Majlis akan berlangsung pada 13 dan 14 April 2015 ini.
Sebagai tuan rumah, kami bersedia menggalas semua kerja. Persiapan dewan dan bilik-bilik khas untuk pertandingan , bilik hakim dan bilik menunggu peserta pantun yang terdiri daripada 15 buah sekolah. Setiap sekolah menghantar 5 orang peserta yang merangkap 3 orang pemantun dan 2 orang simpanan.
Kami menyediakan 5 bilik bagi pertandingan pantun, Pusat Sumber sekolah ditempatkan untuk hakim berkumpul dan sebuah bilik menunggu untuk peserta ditetapkan di makmal komputer. Walaupun kami sibuk dengan ujiantara di padang, latihan bola tampar dan latihan pemantun pasukan sekolah, kami tetap menggalas semua kerja bersama-sama.
Sejak hari Khamis 9/4/2015 , semua sibuk mengemas meja dan menyediakan bilik. Kami bernasib baik, pada pagi Jumaat semua murid berada di padang bagi ujiantara dan kerja-kerja penyediaan bilik-bilik khas disambung pada sebelah petang.. Petang Jumaat 10/4/2015 , kami menyambung tugas menghias bilik-bilik khas dan dewan.
Kerja tambahan bermula dari pukul 3.30 petang hingga 6.00 petang, kami hanya sempat membuat label hakim, penjaga masa, juruacara, pemantun 1, 2, 3. dan pasukan lawan A, B, C. Malangnya, kerja-kerja begini rupa-rupanya memakan masa yang lama. Jadi terpaksa ditangguh lagi.
Kerja-kerja hiasan di bilik-bilik khas disempurnakan lagi pada hari Sabtu 11/4/2015 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Dalam masa yang sama, di padang sibuk dengan latihan bola tampar, di kelas pula sibuk dengan kelas tambahan tahun 6, dan di dewan pula sibuk menyelesaikan kerja-kerja lain seperti melabel meja-meja dan banner di papan hitam, al-maklumlah sekolah kecil, bajet pun kecil.
Kerja-kerja memasang skirtinglah yang memakan masa ditambah pula dengan kekurangan kaki tangan pada hari Sabtu. Syukurlah , siap juga kerja kami.
Demikianlah sibuknya kami dalam builan April ini dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum:-
1. ujiantara untuk sukan 9-10 April
2. Pesta Pantun sebagai tuan rumah - 13 & 14
3. Pertandingan catur 14/4
4. Pertandingan bola tampar 16/4
5. Sukan tahunan 24/4
6. Pertandingan Sahibba 30/4
No comments:
Post a Comment