Thursday, March 17, 2016

Insiden 17 Mac 2016

Pagi-pagi lagi lebih kurang pukul 7.30 , suamiku bertanya kepadaku, beg duit siapa di atas kusyen. Nampak sahaja beg hitam tu, tentulah kepunyaan ibuku, bila masa pula dia keluar rumah, Sejak kebelakangan ini dia hanya tidur, bangun dan makan. Aku pun tak fasal-fasal berleter, entah mana duit RM60.00 dibuang.
   Kemudian suamiku menuju ke keretanya.  Barulah dia tahu ada orang pecah cermin keretanya. habis diselongkar dashboard . berseleraklah surat-surat di dalamnya. Habis duit simpanan RM400 yang disimpan diselit-selitnya. Dia pun hairan kerana bilamasa pula dia tak tutup cermin tingkap.
  Sebenarnya malam tadi, aku ada terdengar bunyi , krik, krik,krik. tetapi bunyi itu sekejap sahaja. Kadangkala bunyi tersebut mungkin kucing atau musang. Kejadian ini merupakan kali ketiga kecurian di rumahku.
  Kali pertama, bulan puasa lebih kurang 3.15 pagi pada tahun 2001. Mereka masuk ke rumahku melalui pintu gril dan sliding door. Suamiku terjaga , dan melihat seorang demi seorang masuk ke dalam rumah dengan berseluar pendek. Suamiku bingkas  bangun dan menutup pintu sambil menyuruhku mengambil mertun di bawah katil. Mereka berpaling dan kami berlawan tutup dan buka pintu.  Akhirnya kami berjaya menutup pintu. Aku pula mula menarik sliding windor dan menjerit, tolong, tolong, tolong!. Aku diminta tidak menjerit , suara dari luar tingkap siap mengetuk cermin tingkap dan mengarahkan aku jangan menjerit.. Memandangkan semua dah terjaga , mereka keluar dari rumah dan suamiku pula memasang semua lampu di dalam dan di luar rumah . Sempat juga dia mengejar pencuri tersebut. Mereka lari dan melompat pintu pagar rumahku. Keesokannya, ku lihat dawai pagarku telah dipotong. Mereka  membuat dua lubang, di depan dan di belakang rumahku.
    Kali kedua pula, balik dari sekolah  gril tingkapku dah senget . aku tanya ibuku, katanya ada orang masuk ke dalam rumah dan minta duit daripadanya. Nasib baik tak diapa-apakan ibuku. Semasa kejadian mungkin pukul 12.00 tengah hari lebih...semasa itu akan akan pulang dari sekolah. Aku dah lupa kejadian itu mungkin tahun 2008, sebab kejadian itu berlaku ketika aku membaiki dapur rumahku yang terbakar.
   Dalam kejadian ini, gerak hatiku sentiasa benar tetapi aku ini  jenis tak berapa kisah sangat. Mungkin Allah mengujiku....selalunya begini apabila kejadian itu sudah berlaku barulah aku ingat segala-galanya.  Berbalik insiden tadi,polis hanya datang merakamkan gambar selain mengambil gambar nombor rumah. Mereka datang bertiga.  Kami disarankan pasang cctv, dan mereka menyatakan suspek mungkin budak Lendu yang baru keluar parol ,adalah dua tiga orang yang habitnya mencuri, tertoleh pula mereka pekerja kebun sayur di sebelah rumahku, mereka ingatkan pekerja Indonesia, tetapi pekerja Bangladesh....wallahu'alambissawab...semoga kejadian ini tidak berulang lagi....aamiin.
  Kehilangan wang adalah dalam RM460 dan baiki cermin kereta RM200 termasuk upah. Kehilangan wang boleh dicari tetapi kehilangan kepercayaan bahawa kampungku dah tak aman lagi........


No comments:

Post a Comment