Thursday, June 14, 2018

3 hala menuju destinasi SK Bukit Rambai

Tarikh keramat 1 Mac 2018 melakar sejarah lagi..Kalau 1 Januari 2018, pertukaranku mungkin atas alasan keperluan perkhidmatan, opsyenku ikut PJJ atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan  Sejarah tetapi pertukaranku ke SK Bukit Rambai sebagai GPK HEM. Memang dari dulu aku tidak berminat untuk menjadi pentadbir tetapi terasa pula, kalau dah tua-tua diarahkan oleh guru muda terasa rendah darjat kita.
   Oleh itu tawaran ku terima. SK Bukit Rambai menjadi destinasiku kali ini. Kali pertama sampai ke sekolah lebih kurang pukul 7.30 pagi, punch card menunjukkan warna merah. Dalam sejarah juga aku terpaksa berucap walaupun aku baru sahaja mengambil tempat semasa perhimpunan rasmi pagi  itu, 6 Mac 2018.
  Sebenarnya aku hendak cepat, walau pun awal ke sekolah pukul 6.30 pagi tetapi aku telah menggunakan jalan pintas, kononnya hendak cepat tetapi lain  jadinya. Aku tak kisah dengan selambanya , aku memberitahu aku telah terlepas simpang dan terpaksa berpatah balik dari simpang nak masuk ke Pulau Gadung. Semasa berpatah balik itu juga memakan masa yang panjang.
   Ada tiga jalan utama yang boleh ku ambil atau ikuti ke SK Bukit Rambai. Jalan jauh ikut Sungai Udang dan masuk ke jalan Perindustrian Bukit Rambai, ikut jalan Ayer Salak dan terus hingga Jalan Bukit Rambai , jaraknya 29 km. Jalan tengah yang mengambil masa juga ialah melalui Lebuh AMJ, masuk ke simpang Jalan Bertam, hingga ke simpang JAlan Perindustrian    Bukit Rambai, jaraknya 22.6 km. Jalan paling dekat ialah melalui Lebuh AMJ, masuk simpang ke  Tanjung Minyak terus ke Bukit Rambai , jaraknya 19.9 km. Jarak yang  paling dekat dan paling mudahlah aku ikuti. Semoga Allah memberikan aku kekuatan dan kesihatan untuk menghabiskan sisa perkhidmatanku yang berbaki 4 tahun lagi.....aamiin.

No comments:

Post a Comment