Friday, June 22, 2018

Sedih, kukehilangan 2018


     Tarikh pembelian kereta Atos MBB 2245 aku tidak ingat, yang pastinya aku beli tahun 2004. Berdasarkan kewangan yang ada padaku bukanlah aku mampu hendak membeli kereta yang lebih baik daripada itu , walaupun gaji ku guru lepasan Ijazah DG 41. Banyak perkiraan yang kubuat.
    Dengan adanya kereta ini mudah aku pergi ke sekolah dan menghantar si anak ke hulu ke hilir.
Aku membeli kereta dengan hasrat memudahkan pergerakanku ke sekolah tambahan pula kereta ini menjimatkan. Orang kata, kereta buatan Korea ini tidak ada kualitinya, biarlah, yang penting aku dapat bergerak dengan mudah.
   Seingatku, keretaku telah beberapa kali terlibat dengan kemalangan. Kali pertama , berlaku di kawasan Sekolah Teknik Mat Zain , di Pengkalan. Aku, semasa itu memandu perlahan-lahan, tetiba di selekoh sebuah kereta keluar dengan lajunya tanpa mengikut bahagian jalan, maka dia telah melanggar pintu kereta, kemek  pintu sebelah pemandu. Nasib baik aku memandu perlahan, maklumlah dalam kawasan sekolah.
    Pernah juga si Atos dilanggar di bahagian hadapan kerana kereta di hadapanku berundur. Kejadian ini berlaku semasa aku parkir kereta. Memang geram hatiku, seorang anak muda mengundur kereta tanpa melihat di belakang. Kemek juga . Tetapi aku bernasib baik apabila bawa ke bengkel , Cina tu tarik sahaja bahagian yang kemek itu dengan tangan.
   Kali kedua pula kemalangan pada tahun 2009 dengan seorang mahasiswa UiTM Lendu. Dia berlumba dengan kawannya.  Ketika itu aku sudah berhenti dan memberi signal masuk ke kanan menuju ke rumah. Sebaik sahaja aku membelok ke kanan, si penunggang motosikal ini terus melanggar keretaku. Motosikalnya terkena pintu sebelah pemandu, kemek lagi pintu sebelah kanan. Dia akhirnya melambung jatuh  di atas enjin keretaku, memang jelas kelihatan dia tergolek di atas enjin kereta kemudian jatuh  berguling-guling masuk ke dalam longkang di hadapan rumahku. Kes ini lambat selesai kerana aku berpindah ke Sabah. Aku dapat perkhabaran bahawa dia luka berjahit 20 jahitan di dalam dan di luar di kepala, Memang kepalanya berdarah pada masa kejadian. Kes ini selesai setelah aku berpindah di SK Sungai Sireh Selangor, pada tahun 2012 di mana  pegawai insurans datang menemuiku untuk menandatangani untuk menutup kes.
  Setelah berpindah ke Sabah, keretaku digunakan oleh anak sulungku. Kereta ini juga dipandu oleh kakakku ketika aku tinggalkan Si Atos,  di Kuala Lumpur. Malang bertimpa lagi, kakakku pula mengantuk dan terlanggar kereta di hadapan. Nasib baik tak teruk dan masih boleh bertahan lagi.
  Sebelum berakhir riwayat , kereta ini dipandu oleh anak keduaku. Dua kali kemalangan. Salah satu antaranya ialah abang kepada pensyarah di Sungai Buluh. sekali lagi dengan seorang lelaki Cina yang sudah berumur, kali ini kereta ini agak teruk. Lama juga duduk di bengkel.
  Akhirnya pada 8 Mac 2018, kemalangan yang menamatkan riwayatnya kerana Atos ini total lost, mungkin enjin yang melibatkan puluhan ribu.  Aku sebenarnya agak terkilan kerana tidak diberitahu kereta ini tidak boleh diperbaiki lagi, terus diletakkan ke dalam stor sebelum tuan empunya melihatnya.  Pada hari Selasa , 19 Jun 2018 aku mendapat wassap daripada menantu mengatakan kereta ini total lost.
    Dalam hati memang rasa terkilan, sayang kereta baru pertamaku. Tetapi tak apalah, banyak juga jasanya dan ramai pemandunya. Kereta ini telah berkhidmat selama lebih kurang 14 tahun. Jauh juga perjalanannya ke Cameraon Highlands, ke Johor dan IAB apabila suamiku memandunya ketika kereta Unser beerada di dalam pelayaran dari Sabah menuju ke Melaka.
   Dapatlah aku RM7000 sebagai ganti rugi daripada insurans etiqa.



Aku sedih kehilangannya......terpaksaku melepaskanmu.

Tuntutan insurans dalam prosesnya selama sebulan
hantar borang 25 Jun 2018
dokumentasi - matikan rotax di JPJ
                     - geran kereta
                     - salinan kad pengenalan
                     - kunci
                     -borang insurans
5 Julai dah dapat duit insurans...cepatnya bertindak...terima kasih ..aamiin.
 

No comments:

Post a Comment