Sunday, October 28, 2018

Tercapai Impian 2018

Banyak kenangan manis buat keluarga ku pada tahun ini. Di sepanjang tahun ini, perkara yang tak diduga dan apa yang ku harapkan telah tertunai. Pertama, aku dapat mengerjakan haji setelah menunaikan umrah pada Disember  2017.
    Syukur Alhamdulillah, niat dan impian dah terlaksana. Aku memang bersungguh-sungguh berdoa di Raudhah dan di hadapan Kaabah semasa menunaikan umrah. Sekembalinya aku ke tanah air dari Mekah 2017, 18/12/2017 aku membuat surat rayuan  Haji bersama-sama dengan suamiku bagi tahun 2018M/1439 H di Tabung Haji Alor Gajah.
   Bulan April, suamiku  mendapat panggilan telefon daripada TH Masjid Tanah. Malangnya dia hanya seorang yang mendapat tawaran mengerjakan haji, Bagaimana pula dengan aku? Suamiku hendak menolak kerana dia dapat pergi seorang.  Tetapi aku memintanya menerima dahulu dan beri jawapan pada malam itu juga di UTC. Tak apalah aku mungkin pergi sendiri nanti, kalau ada rezeki.
Mengapa suamiku  dapat tawaran seorang, jawapannya ialah kerana suamiku daftar haji bulan April 2008 , aku pula bulan 8 pada tahun yang sama.
Sebenarnya aku telah membuat persiapan ssejak tahun 2014, sekiranya aku tidak berkesempatan menunaikan haji, aku ada membuat caruman PELAN SIMPANAN MABRUR di mana banyak kemudahan yang boleh kudapati sekiranya apa-apa terjadi kepadaku. Pelan ini akan membuat badal haji kepada pencarum.
   Aku juga meminta  supaya suamiku memohon rayuan buatku sekali lagi. Pihak TH tidak memberikan jawapan yang pasti.  Selama tempoh itu , perkara ini mengganggu fikiranku. Mana tidaknya , aku teringat dahulu , Tuan Hj  Dzulkifli bin Mahmood, mantan guru besarku ada mengemukakan soalan,  cikgu Kalsom tak mahu mengerjakan haji. Terpaku aku. Terlontar jawapan daripada aku, cikgu tengok muka saya ini, adakah saya tidak mahu. Beliau tidak tahu, gaji bersihku setiap bulan RM200 sahaja. Itu belum kira perbelanjaan harian, nasib baik rumahku dengan sekolah dekat sahaja, setiap hari berjalan kaki, SK Paya Keladi , selasma 8 tahun aku di sini.
   Kemudian teringat aku, ketika mengajar karangan yang bertajuk "Sekiranya Aku Jadi Jutawan. Aku marahkan muridku, Impian dan cita-citanya kecil sahaja. Mereka hanya hendak membeli basikal dan rumah sahaja. Maka aku pun memberikan jawapan seperti membawa ibu mengerjakan haji di Mekah. Maka secara spontan seorang muridku , Mohd Syafid bin Hussin mengemukakan soalan, " Cikgu dah pergi Haji?" Seingatku peristiwa itu sekitar pada tahun 2010Tekejut aku, berani sungguh dia mengemuka soalan itu.
    Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mendapat tawaran mengerjakan haji pada 30/7/2018 - 13/9/2018 setelah mendapat penggilan telefon memintaku datang ke TH Alor Gajah. Tawaran haji di Alor Gajah dan jawapan di TH Masjid Tanah. Maka aku pun sibuk menguruskan sendiri  mengambil gambar untuk passport dan buku kesihatan. Segala urusanku dipermudahkan ....aamiin
  bersambung pangalaman mengerjakan haji...

Contoh surat rayuan haji

contoh surat pengesahan penerimaan tawaran Haji


No comments:

Post a Comment