Sunday, November 11, 2018

Catatan 1 di Madinah 2018

 Semasa menginap di hotel Rowadha Al Aqiq , makanan bermenukan nasi Arab setiap kali makan tengah hari dan makan malam menjemukan. Nasib baik , antara kami ada yang membawa bekalan seperti maggie , sambal dan serunding. Setiap kali makan, kami akan berjemaah dan berkongsi makanan. Peristiwa ini amat manis bagi kami. Selama 7 hari , kami saling mengenali serba sedikit latar belakang dan sikap antara kami.
   Ada yang rajin membasuh pakaian setiap hari sampai dua tiga kali sehari. Ada yang suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran dan ada yang kurang sihat, banyak berehat sambil berbual atau bersembang hal keluarga masing-masing. Bersyukurlah kami tidak menghadapi masalah di sepanjang masa selama 7 hari walaupun ada sedikit perselisihan pendapat.
   Ramai orang kata , jika di bumi Madinah atau Mekah jangan kita berkata yang tidak elok. Aku kan suka berterus terang. Memang lauk dan menunya yang setiap kali nasi arab, lauk ayam atau ikan selang tiga hari dan sesekali sotomg. Menu ini agak menjemukan, sebab itu ramai yang makan maggie. Kami pernah terserempak seorang daripada jemaah kami membawa magie satu beg besar yang bersaiz muatan 18 kg . Bayangkan setiap hari makan magie, menurutnya mereka (suami isteri ) , suaminya tidak lalu makan nasi, dia makan maggie. Mulutku tiada insurans, maka aku beritahu tak elok makan maggie setiap hari. Harga secawan maggie di sini SR 5 dan roti yang bersaiz seperti roti RM1.20 berharga SR 2.
    Semasa di Madinah, kami dibawa melawat Raudhah, makam Nabi Muhammad s.a.w dan perkuburan Baqi. Kami dibawa melawat kebun kurma dan membeli belah di sana.  Kemudian, kami dibawa ke Bukit Uhud dan makam gugurnya para syuhada semasa perang Uhud. Di sini ada menjual banyak barangan seperti jubah, herba, dan peralatan seperti payung,  Oleh kerana cuaca panas , aku membeli sekaki payung dan sebuah topi.
   Kami juga dibawa menziarahi Masjid dua kiblat . Kami sembahyang sunat di  masjid , Terdapat jualan juga di sini. Ramai pelancong yang dibawa menziarahi masjid ini.
  Tidak banyak aktiviti yang dapat kami lakukan selain sembahyang setiap waktu di Masjid Nabawi. Ingin juga kubawa kawan-kawan menzirahi Muzium AlMaul Husna / muzium nama-nama Allah, Muzium yang berhampiran tetapi semuanya ditutup, mungkin dalam penyeleranggaraan. Selain itu ada juga masjid sahabat nabi s.a.w seperti masjid Saidina Abu Bakar, Masjid Saidina Omar dan masjid saidina Ali yang dalam kepungan, hendak diruntuhkan untuk membina bangunan baru. Semua pengalaman ini aku dapati daripada ziarah umrah Sahedah Travel pada Disember 2017.
  Sebenarnya kalau hendak membeli jubah , sejadah, kopiah atau cenderamata belilah di Madinah. harga barang-barang lebih murah dan banyak pilihan di bazar-bazar dan gedung pakaian yang berdekatan dengan hotel. Aktivit membeli -belah dinasihatkan membeli dengan kawan-kawan, jadi kita dapat tawar dengan lebih murah. Kalau membeli -belah janganlah tawartetapi tidak mahu beli.
Mereka akan mengatakan kita kedekut. Masih terbayang di benakku, apabila mereka menyatakan orang Malaysia bagus, Indonesia tak bagus. Aku malas nak layan . Mereka masih menganggap bekas perdana menteri kita Dato' Sei Najib  perdana menteri Malaysia, rasa nak gelak pun ada.
  Ada peniaga, yang menawarkan rasalah jualan seperti kurma, kacang, kismis, zaitun, kacang cerdik dan sebagainya. Katanya sebiji halal , kali kedua haram. Ada yang buat tak layan jika datang ke gerai mereka. Nasiblah, kita pun pilih gerai yang mesra pelanggan.
    Di Madinah kurang peniaga yang menjual makanan seperti selera orang Malaysia. Suamiku selalu dapat beli nasi lemak atau bihun daripada peniaga Indonesia tetapi jualannya terhad, kalau lambat dah habis. Kami memang tidak diberi sarapan pagi, jadi sarapan pagi pandai-pandailah urus sendiri.
   Seronok juga tinggal di Madinah terutama merebut peluang pergi ke raudhah . Aku hanya sempat 3 kali memasuki raudhah di  sepanjang 7 hari di sini.  .
    ....bersambung perjalanan ke Mekah

No comments:

Post a Comment