Saturday, November 10, 2018

Tragedi di Madinah 2018

Kami bertolak ke Madinah dahulu selama 7 hari dan 39 hari di Mekah. Perjalanan bermula pada 30 Julai , 8.00 malam. Kami menetap di Rowadha Al Aqiq hotel lebih kurang 450 meter dari masjid Nabawi di Madinah. Penerbangan kami KY 17B dan maktab 75.
    Kami berenam dalam satu bilik 505, bermakna tingkat 5 . Kami diberi  dua kunci bilik. Jadi, kami berpecah dalam2  kumpulan. Masing-masing bilik lelaki dan bilik perempuan sebelah menyebelah mengikut pasangan suami isteri.
  Semua roomate kami orang Melaka. Rata-rata berumur 50-an  dan 60-an dan seorang 70-an.. Selalunya kami ke masjid dalam kumpulan setiap waktu kerana dekat. Banyak trajedi yang berlaku dalam bilik ini.
  Pertama, hidup umpama adik beradik kita mestilah bertolak ansur dan saling menjaga kebersihan bilik. Pada mulanya, bilik kami terlalu sejuk penghawa dinginnya. Sudah beberapa kali kami memberitahu pihak pengurusan supaya membaiki atau dapat kami mengurangkan kesejukan suhu di bilik kami. Namun dah 2 hari , kami tak berjaya menemu juru teknik. Hampanya harapan kami untuk membantu Kak Feah. Dia terpaksa berkerusi roda kerana kekajang urat di kaki.
   Beberapa kejadian yang tak terduga menimpa kami. Salah seorang kakak ini tidak tahan sejuk, maka kakinya seakan-akan kejang. Menangis kekejangan , sukar hendak berjalan.. Akhirnya suaminya, membeli kerusi roda untuk memudahkannya bergerak dan sembahyang di masjid.
  Aku dengan ringan mulut memberitahu salah seorang sahabat tabung haji.  Nasib kami baik, setelah diberitahu cara mengawal penghawa dingin itu, aku  berjaya mengawal suhu bilik, selesai satu masalah.. 
   Kemudian, timbul masalah lain pula.  Ada antara kami yang tidak tahu menggunakan tandas duduk atau tidak sempat hendak membuang air besar. Atau ada kemungkinan membuang air besar dalam mangkuk tandas tetapi cebok di bawah atau di atas lantai, maka ada sisa najis.  Memandangkan hal ini, aku dengan sukarela meletakkan selipar di dalam bilik air untuk mengelakkan terkena sisa  najis   atau air najis tersebut. Tambahan pula, aku dah biasa pakai selipar di dalam bilik air.
  Tragedi yang tidak dapat kulupakan ialah apabila salah seorang daripada roomate kami terkunci di  dalam bilik air. Nasib baik kami bertiga ada dalam bilik. Kalau tidak aku tak tahu apa akan terjadi kepada kawan kami tu., Lama juga terkunci, sehingga mangsa hampir sesak nafas. Memang tindakan pertama, aku  memanggil pihak pengurusan hotel, Nasib baik ada telefon  di  dalam bilik hotel ini.. Memudahkan aku menghubungi pihak hotel dan suami agar membantu. Akhirnya juru teknik datang Apabila aku memberitahu "urgent and we need help." dengan segera juru teknik datang . Dia cuba memberitahu aku dan meminta mangsa melakukan seperti yang diberitahu. Namun gagal. Aku beria-ia menerangkan tindakan kami. Namun Pak Arab ini memang degil kot, aku juga dimaarahinya. Setelah usahanya tidak berjaya, dia mengumpil tombol pintu dan memasang semula. Dua kali dia turun naik bawa peralatan seperti pemutar kru, sepanar dan sebagainya. Sejak hari itu, kami tidak mengunci bilik air apabila menggunakannya.
Kami tutup atau rapat sahaja.
   Seperkara lagi, kami berharap setiap suami apabila memanggil isteri , jangan terlalu kerap, mengganggu ketenteraman kami yang berada di dalam bilik. Terlalu kerap , kalau sekali dua, dalam sehari ok juga. Begitu juga , penggunaan bilik air, biarlan memberi laluan kapada rakan yang lain hendak membasuh pakaian dan menggantung pakaian.
   Banyak pengajran yang perlu kita pelajari daripada kehidupan 7 hari di Madinah. Tragedi terkunci di bilik air menguji sikap setia kawan, menguji kesabaran, tolah ansur dan saling bekerjasama untuk mendapat haji mabrur dan umrah yang mabrurah.

   ........bersambung pengalaman di Mekah 2018
 

No comments:

Post a Comment