Wednesday, January 1, 2020

permohonan pencen atau bersara awal

Awal tahun 2018, semangat untuk berkhidmat semakin berkurang. Aku ditukarkan ke SK Paya Rumput bermula 1.1.2018. Terkejut beruk dengan pertukaran itu, alasannya perkhidmatan aku diperlukan di situ. ...Ah, sungguh cantik perbicaraan dan alasannya. biarlah ku simpan .
   Pertukaran yang tidak dimohon amat menyakitkan hatiku.  Dapat pula sekolah itu sekolah kluster kecemerlangan . Aku melangkah dengan berat hati sekali.  Baru setahun aku bertugas di SK Sungai Petai.  Pertukaranku ke skolah itu adalah atas kerelaaanku dan permohonanku.
   Kehadiran ku di situ terasa asing. Bangunan sekolahnya besar dan terpisah antara jalan raya. Bangunan lama di sebelah kiri dan bangunan baru di sebelah kanan. Muridnya ramai tapi aku tak berapa pasti bilangannya kerana aku berada di situ selama 3 bulan sahaja.
   Terasa hampa, tiada semangat namun ku teruskan jua. Pepagi lagi aku dah keluar rumah, dan mengikut jalan kampung kerana mengikut guru-guru di sana, kalau aku lambat ikut jalan besar akan berlaku kesesakan jalan raya, maklumlah di hadapan sekolah itu ada simpang empat.
    Pepagi sebaik sahaja sampai, aku parking kereta di hadapan prasekolah di bawah pokok. Kemudian selepas rehat dan makan di kantin, aku akan beralih parking kereta ke bangunan baharu supaya mudah balik ke rumah mengikut lebuh  raya AMJ.
  Aku mengajar Bahasa Melayu 10 waktu, pendidikan Seni 2 kelas Tahun 4 , 2 kelas tahun 5 dan 2 kelas tahun 6 , sejarah tahun 4,   2 kelas dan tahun 5 sekelas dan Pendidikan Moral tahun 5.  Aku memang merasa penat kerana terlalu banyak subjek elektif tambahan pula kelas-kelas tersebut terletak dari tingkat bawah hingga ke tingkat 4. Ini pengalaman baru buatku. Murid yang ramai , aku tak mampu mengingati nama-nama mereka.
  Terasa nak bersara sahaja pada masa itu tetapi dikuatkan semangat namun aku kadang-kala jemu dengan tingkahlaku murid yang ramai dan bersaing dengan guru-guru muda yang sentiasa bersemangat, ternyata aku tak terdaya. Di sekolah itu , aku berjumpa dengan kerani kewangan di SKDN, Pn Jamaliah, bekas guru SKDN, Ustazah Hasnah dan Aiman Safuan, bekas SK Sahabat 4. Tak lama aku bertugas di situ, selama 2 bulan kemudian aku dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di Sk Bukit Rambai. Selalunya aku berada di sekolah kecil bilangannya sedikit tetapi semakin besar dugaanku di SK bukit Rambai. Muridnya ramai 1018, kemudian semakin meningkat. Aku bersyukur walaupun bilangan muridnya ramai, tidaklah seperti SKPR di mana ada sebahagian kelas, muridnya sampai ke 42 orang sekelas.
......bersambung..

No comments:

Post a Comment