Tuesday, March 3, 2020

bhng 2- permohonan persaraan

Semasa baru-baru bertugas dan memegang jawatan sebagai GPK HEM terasa aku begitu bodoh. memang di dalam kepalaku tiada secalitpun keinginan  hendak memohon jawatan pentadbiran. Aku umpama lari daripada mulut buaya masuk ke mulut harimau.
   Terasa begitu terasing. Di pejabat SKPR, masalah ku hadapi dengan tenang walaupun fikiran berserabut kerana sekarang bidang tugasku bermacam-macam, terbahagi kepada pdpc 12 waktu, masalah disiplin, kantin, KWAMP, BAP, masalah pertukaran,keluar masuk murid, masalah pentadbiran dan lain-lain.
   Dalam keserabutan itu, aku bernasib baik boleh geng dan ngam dengan GPK 1. Alhamdulillah , bulan 3 , aku ke sekolah itu, pada  30/7/2018 aku dapat panggilan haji,maka bercutilah aku selama 42 hari. Gembiranya aku dapat menunaikan rukun kelima, menunaikan haji.
  Di sepanjang menjawat sebagai GPK HEM banyak yang perlu kuketahui, namun sebagai orang baharu tentulah banyak perkara yang  perlu kuhadapi. Perangai ibu bapa yang suka komplen, murid yang suka ponteng, murid tahun satu yang lari dari sekolah, dan sebagainya, semua itu perlu ku tangani. masalah guru yang tidk berpuas hati dengan tugas yang diberikan dan masalah yang penting tidak puas hati terdapat PB3P..
 Kekurangan kakitangan dan par atau pap di sekolahku menjadi masalah. Semua kerja perkeranian sepatutnya aku dapat bantuan daripada kerani atau pembantu kerani. Tahun 2018 dan 2019 ada pembantu kerani, boleh juga membantu mengisi ekehadiran dan memproses borang pertukaran murid. Dengan ketiadaan mereka , aku terpaksa menaip dan melengkapkan borang tersebut. Seperkara yang tak ku selesa, adakah GPK HEM yang menaip borang perpindahan murid? ada dua orang pt kewangan,minta tolong sedikit pun muka macam tak sudah. Kekadang memang ku buat muka semua tak tahu agar kerjaku dibantu. Ada seorang yang mengganti pap kot, dah pun melanjutkan pelajaran. Jadi, siapakah yang akan membaca emel sekolah, menaip borang pertukaran murid. Kalau dulu , ada pembantu guru, mudah juga.  Selepas itu semua kerajaan potong perbelanjaan, maka tugasku semakin berat. Pernah aku mendapat teguran daripada PPD, apabila seorang ibu mengadu tak puas hati pihak sekolah tak memproses borang pertukaran anaknya. Datang kul 11.00 pagi, pukul 2.00 petang nak ambil borang pindah. Mengamuk sakan aku, menjawablah aku dengan PPD . Jangan nak main terjah je, siasat dulu.
  Satu lagi kes, pihak PPD marah sangat dengan  GPK HEM, kami tak hantar murid ke kem . Dapat surat pun tidak, menjawablah aku. Senang-senang je , nak marah . Suruh cari surat dalam emel, berapa banyak surat perlu ku lihat. Akhirnya aku mesej je, kami tak dapat surat, hantar wassap je. Esoknya kami hantar murid ke kem tersebut.
   Satu lagi kes, murid tak boleh didaftarkan. dah nak hampir setahun. Dan 3 kali hantar emel, pegawai ni sombong, telefon tak nak jawab. Mahu aku bertentang muka je. Tapi aku simpan dulu. Nanti cukup masa, ku jawab.  Susah sangat nak berkomunikasi, aku asyik kena jerkah je, senang je aku jawab, dah 4 kali buat pun tak selesai. Akhirnya mengaku si pegawai PPD ni, kami nak tolong, Nasib baik kes dah selesai. Salah mak bapa, daftar anak dalam  sijil beranak lambat setahun, sbb tu nombor sijil beranak tak sama dengan tarikh lahir. Nak minta surat beranak pun susah daripada ibu ni, sampai aku kata , kalau ada sebarang permohonan bantuan, anaknya tidak akan dapat kerana tidak dapat didaftarkan di sekoalh atau dengan kata lain nama anaknya tidak ada di sekolah.
   Ada lagi konflik yang ku hadapi. Rasa-rasanya aku pun pening, tetapi dalam mengharungi rentetan peristiwa ni, satu yang ku hadapi ialah gula dalam darahku semakin naik. Aku diminta oleh doktor supaya ambil suntikan insulin. Dah lama dah, hampur setahun, namun aku mengelak. Aku minta tangguh, mungkin tekanan kerja.
    Seperistiwa yang membuatkan aku hendak bersara awal lagi ialah pernah mengantuk ketika memandu kereta. Nasib baik tersengguk ketika betul-betul lampu trafik bertukar hijau. kalau tidak mahu kereta di belakangku membunyikan hon. Suatu pagi, ketika aku sibuk ke sekolah, ku lihat ramai orang perempuan baru balik sembahyang subuh, peristiwa itu juga mengingatkan aku sampai bila aku hendak ke sekolah. Ibuku juga menyebabkan aku terasa ingin bersara awal. Kononnya hendak mengubah dan mengajak ibuku menginagati Allah dengan berbaki usia singkat ini.
  Maka dengan rentetan peristiwa itu, maka aku dengan relanya membuat keputusan untuk mengisi borang pencen pada 25/1/2019, di mana borang itu ku ambil di JPNM dan kuhantar sendiri.
    bersambung......

No comments:

Post a Comment