Selepas pergi ke Kuala Penyu, kami meneruskan perjalanan ke Menumbuk. Bukannya apa saja-saja nak berjalan, hasrat hati hendak pergi ke Labuan, namun hajat tak kesampaian kerana kami tak merancang terlebih dahulu.
Pada kesempatan ini, aku dapat melihat keindahan alam semula jadi dan mendapat pengetahuan melalui pemerhatian sahaja. Sepanjang jalan menuju ke Menumbuk, ku dapati rumah kediaman agak jarang-jarang menunjukkan penduduknya tidak padat atau kurang.
Punca pendapatan masih lagi pertanian kerana ku lihat pondok-pondok di tepi jalan hanya ada jagung, nanas, kelapa dan sagu. Pendapatan penduduk hanya kepada hasil tangkapan ikan dan berniaga kecil-kecilan. Ada mini shell atau kedai kecil menjual minyak petrol dalam botol-botol kecil kerana di sepanjang jalan menuju ke Menumbuk tidak ada shell, Petronas dan stesen minyak yang besar.
Menumbuk hanya pekan kecil sahaja dan terdapat jeti untuk ke Labuan. Kemudahan feri dan bot sahaja menuju destinasi Ke Labuan. Aku sempat mendapatkan maklumat daripada kaunter feri tersebut. Kalau hendak ke Labuan terpaksa menempah tiket terlebih dahulu atau bermalam di Labuan.
Kami hendak menjamu selera di sini tetapi memandangkan tiada banyak pilihan kedai makan, maka kami pun cepat-cepat meninggalkan pekan ini.
Replika hasil laut pekan Menumbuk
Sebuah papan tanda yang istimewa dari bulatan Beaufort- Kuala Penyu yang menarik perhatian kami.
No comments:
Post a Comment