Sunday, February 22, 2015

Pelancaran NILAM dan Bulan Membaca serta Bulan Bahasa Melayu MBMMBI 2015

Dengan memegang amanah sebagai guru NILAM , aku baru memulakan pengalaman walaupun telah lama mengajar selama 30 tahun.  Di sekolah ini , aku terpaksa membuka langkah bagi memulakan alam baru yang tidak pernah kulalui.  Kali pertama diberi jawatan sebagai penyelaras perpustakaan, agak terkejut ,maklumlah di sekolah lain,  bidang ini bukan tugas dan tanggungjawabku.  Untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab ini ,  banyak perkara baru yang perlu kupelajari.  Entah bagaimana agaknya, akhirnya aku bernasib baik kerana aku dditugaskan sebagai  penyelaras  NILAM dalam organisasi PSS.
   Kini tugasku galas. Pertamanya, pelancaran program NILAM peringkat sekolah bagi tahun 2015.  Aku bercadang untuk mewujudkan semula senarai perekodan NILAM di setiap kelas.  Aku meminta pertolongan daripada Cik Hanisah ,pembantu guru  membuat buku NILAM tersebut untuk dicatat di dalam buku mengikut subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sepanjang tahun 2015.
  Setelah bermesyuarat dengan penyelaras, kami membuat keputusan untuk melancarkan majlis ini pada 16 Februari 2015.  Tn.Hj. Othman , guru besar SKMT telah merasmikan majlis ini.  Gimik kedua-dua perompak bersenjata api menahan mangsa  yang membawa beg, mereka ingatkan emas atau barang berharga, rupa-rupanya buku NILAM yang terdapat dalam beg tersebut. Gimik ini berdurasi 3 minit sahaja diiringi dengan muzik countdown.
  Kemudian dipersembahkan Nazam dan nyanyian lagu NILAM .  Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu Nilam tersebut. Aku tambah sibuk pagi  ini kerana membuat dua kerja dalam satu masa iaitu sebagai pelaksana guru NILAM dan Guru Bertugas Minggu ke - 6.  Bersyukurlah majlis berjalan dengan baik.....syukur alhamdulillah...aamiin
                                      En Mohd Isha selaku guru pembimbing lakonan gimik

 Tn Hj. Othman bin Ahmad , Guru Besar SKMTmerasmikan pelancaran NILAM dan Bulan Membaca serta Bulan Bahasa Malaysia MBMMBI
 Juru Foto En Mohd Nazreen ( kanan) dan En Zainal bin Sahat , guru Bahasa Melayu sedang berbincang .
                             Nyanyian lagu NILAM bersama-sama dengan guru dan murid

   Persembahan nazam versi Serkam / Tanjung oleh murid-murid Tahun 5 & 6 bawah bimbingan En. Mohd Isha bin Bakar , penyelaras  PSS dan ketua Panitia Bahasa Malaysia.
                                              Penyerahan buku NILAM kepada guru besar                
 
 Guru  Besar menyerahkan buku NILAM kepada guru kelas




No comments:

Post a Comment