Setelah ibu mertuaku meninggal dunia pada 30 Jun 2011, rumah itu terbiar sepi. Anak-anak semuanya tinggal jauh di Kedah, Johor, Kuala Lumpur dan seorang sahaja di Melaka. Kini aku dan suamiku mendiami rumah yang kami beli dengan pinjaman perumahan di atas tanah pusaka ayahku. Kami baru sahaja kembali ke Melaka setelah ditugaskan di Sabah selama 2 tahun dan di Selangor selama 3 Tahun, sedangkan aku selalu berulang-alik menjaga rumah kami .
Syukurlah rumah kami dapat didiami , kalau tidak jadilah seperti rumah ibu mertuaku yang ditinggalkan. Sejak tahun 2011, rumah itu ditinggalkan. Rumah lama yang ditinggalkan tentulah semakin buruk. Pada hari ini aku ke rumah yang tidak berpenghuni itu. Aku dan anak bongsuku melangkah kaki masuk ke dalam rumah itu. Sepinya....dan keadaan rumah itu tentulah tidak seperti tahun-tahun 1989 - 2010, kerana Disember 2001, aku kembali mendiami rumahku. Kemudian setelah menginap 8 tahun, aku meninggalkan rumah kerana mengikut suami bertugas di Sabah,. Syukur alhamdulillah sekali lagi kerana aku umpama sireh pulang ke gagang...namun kehidupan kini jauh berbeza...kehilangan kedua-dua ibu dan bapa mertua. kedua-dua anakku kini berhijrah ke Selangor, seorang di kampus Selayang dan seorang lagi bekerja sebagai juruaudit di Damansara.
Apa yang sedihnya peninggalan rumah yang terbiar ini.....sehingga bila ia boleh tegak berdiri atau akan meninggalkan bekasnya...wallahu'alam.
Al-Fatihah buat kedua-dua arwah, semoga Allah memasukkan mereka dalam golongan orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment