Saturday, January 31, 2015

Kemelut 26 Januari 2015

Isnin 26, Jan, 2015, kali pertama berada di rumahku bekalan elektrik  terputus. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.  Aku baru sahaja menjerang air dan membuat air kopi.  Apabila bekalan elektrik terputus, aku tidak dapat menyeeterika baju untuk ke sekolah.  Dalam kegelapan aku menyalakan lilin.  teringat pula musibah yang menimpa kepada kediua-dua anak kembar di Terengganu yang kehilangan nyawa akibat lilin yang dipasang oleh ibu mereka  meranapkan kediaman dan meragut nyawa anak kembar itu.
  Aku ada janji temu dengan pihak hospital. sehingga pukul 7.20 pagi suamiku sibuk mencari pembuka pintu pagar secara manual.  Akhirnya pintu pagar dibuka secara manual dan beliau sampai ke sekolah pukul 8.00 pagi.  Aku pula merasa bimbang sekiranya pintu pagar tidak dikunci, emakku akan keluar dan menyebarang jalan raya menuju ke kedai.  Jadi aku mengambil keputusan untuk crk sahaja.
  Bekalan elektrik terputus rupa-rupanya ada kemalangan di persimpangan jalan keluar ke Alor Gajah dan ke Masjid Tanah.  Aku tidak tahu pihak yang terlibat dengan kemalangan jalan raya tersebut.  Khabar angin menyatakan kemalangan yang membabitkan motosikal.   Pukul 8.20 pagi , aku ke Klinik  1 Malaysia Masjid Tanah.  Keputusannya amat menyedihkan hatiku. Keputusan menunjukkan kolesterol tinggi dan gula agak tinggi 15.1 .  Doktor menyarankan , aku mengambil ubat dan membuat appointment . Aku tidak dapat menerimanya, biarlah aku ingin keputusan yang jitu, nanti aku pergi ke Hospital Alor Gajah pula. Kalau keputusannya sama , sahlah masuk kategori penghidap diabetes.  Seterusnya , aku balik ke rumah bekalan air pula terputus pukul 3.30 petang.  Semasa melalui persimpangan di pekan Lendu, aku dapati air memancut-mancut keluar umpama air terjun dari pagi sehinggalah pukul 12.00 tengah hari , sebab itu mungkin bekalan air diputuskan.
  Kemudian aku ke Tesco untuk membeli barangan dan sabun basuh baju. Aku balik ke rumah pukul 7.00 petang , kini terpaksa merempuh kesesakan lalu-lintas, maklumlah  bertembung dengan pekerja kilang dan  pejabat .  Semuanya menambahkan stress atau tekanan hidup dahlah air, elektrik dan kesesakan jalan raya,.Aku bernasib baik aku kerana dah masak pagi-pagi lagi. Al-nasib..... hari itu umpama .....A day   when everything goes wrong........Alhamdulillah  bekalan eletkrik ada pukul 3.00 petang dan entah pukul berapa tersedar  dari tidur pukul 5,00 pagi , bekalan air dah ada.....alhamdulillah, kalau tidak jadi cerita  Arwah P. Ramlee...


No comments:

Post a Comment