Friday, August 5, 2016

VLE FROG

Salah satu antara pengajaran dan pembelajaran masa kini ialah penggunaan laman VLE FROG. Di sekolah lamaku, Sekolah Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor , aku telah pun menyiapkan beberapa laman atau site. Site tersebut telah pun lenyap. Walau pun sedikit info atau aktiviti yang ku tulis ianya amat bererti buatku. Hasil pena dan keringatku di sekolah itu selama 2 tahun, sejak dari tahun 2012-2013.
  Di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, tidak ramai guru. Aku pula telah membuat pengisian siteku. Ada beberapa tajuk yang ku kongsikan dan kuambil dari modul guru-guru Bahasa Melayu Selangor yang kami buat semasa perkongsian dan bakti sukarela semasa mengajar di Satun, Thailand pada tahun   2013.
  Penggunaan site amat dipantau oleh guru besarku.  Oleh sebab itu, untuk menggalakkan murid-muridku menggunakan VLE FROG, aku terpaksa membuat latihan dan pengisian site tersebut. Sepanjang tahun 2016, telah 3 kali aku memenangi guru yang mengakses penggunaan laman ini.  Kemenangan pada bulan Mac, Jun dan Julai menarik  minatku menambahkan lagi koleksi pengisisan pengajaran dan pembelajaran ini . Semoga Allah memberikan aku kekuatan dan keizinan-Nya menulis lagi di site tersebut.  Laman webnya http://mba0001.1bestarinet.net, http://frogsia.com.

   

1 comment:

  1. Pada tahun 2017 , aku bertukar sekolah pula. Kali ini Di Sekolah Kebangsaan Sungai Petai. Sekali lagi siteku kosong, yang ada hanya dalam komputer riba ku sahaja. Apabila dibuka dengan menggunakan kod mba0027.1bestari.net...tidak dapat diakses lagi. kecewanya aku,

    ReplyDelete