Sempena bulan kemerdekaan, sekolahku telah mengadakan pertandingan keceriaan bilik-bilik khas Maka tak ketinggalan , aku juga turut menghias bilik tersebut. Bilik tersebut terletak bersebelahan dengan Bilik Kaunseling.
Mula-mula pelekat gambar Perdana Menteri, melekatkan poster jenis-jenis makanan dan menggantung bendera. Menggantung bendera sahaja memakan masa satu setengah jam sambil mengajar murid-murid tahun 3 Arif. Kemudian aku menaikkan kain langsir sebagai backdrop. Terang pula, jadi aku lekatkan kotak yang telah dipotong serta kertas keras yang dibeli sekeping harganya RM3.50 x 3 jadi RM10,50. Beli bendera RM18.00 dan bendera kecil RM6.00. Aku beli polistrin RM3.50 x 3 = RM10.50. Kain-kain langsir dan kain buat backdrop adalah kain lama yang telah ku beli termasuk kain yang anakku beli.
Lain-lain adalah bahan-bahan yang ku jumpa di bilik guru untuk ku pamerkan sebagai pengetahuan kepada semua murid SKSP. Syukur dalam buat sikit -sikit akhirnya daku siapkan dengan anak bongsuku pada hari Ahad bermula pada 11.45 pagi hingga pukul 2.30 petang.
katil pesakit - aku ambil cadar anakku semasa di SBPI, Selandar.
terkini ditambah nilai
langsir di muka pintu Bilik Kesihatan
Langsir tingkap Bilik Kesihatan
gambar pemimpin
Kenali negeri-negeri di Malaysia
khasiat makanan
sebe;um dihias dengan bunga raya
carta kesihatan
Penggunaan Bilik Kesihatan semasa UPSR dijalankan, 14/9/2017, murid Tahun 4 Azam melukis gambar makanan .
Bilik Kesihatan ini telah aku gunakan untuk pdpc ketika tidak larat hendak menaiki tangga menuju ke kelasku 4 Arif yang terletak di tingkat 4, selalunya aku gunakan LCD , laptop, dan perisian word atau buku teks dan buku tulis. Setakat ini ok, je pdpc.
Pada 2 Oktober 2017, keputusan pertandingan telah pun diumumkan, bilik kesihatan mendapat tempat kedua. Syukurlah berbaloi juga usahaku.
Dapat Hamper je, sepatutnya ada iringan sijil , baharulah bersemangat sikit....hehehe
Syukur Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment