Wednesday, October 26, 2011

Sambungan Tragedi 25/10/2011

Aku sudah sampai ke post pengawal Tungku.  Separuh perjalanan telah ku tempuhi.  Entah mengapa tiba-tiba fikiranku melayang apabila memandang ladang kelapa sawit.  Aku seakan-akan terpandang keretaku merempuhi ladang kelapa sawit.  Aku teringat, segeraku beristighfar.  Teringatku kepada Allah.
   Jalan yang akan kulalui seterusnya adalah jalan lurus yang kiri-kanannya kelapa sawit.  Kalau musim hujan, inilah kawasan banjir.  Semalam masih aku ingat , jalan yang dilalui inilah tempat angin lintang dan kawasan kemalangan.  Puas ku alihkan fikiranku, namun masih ke situ juga.  Aku ingin berhenti sebentar tetapi memandangkan kawasan kelapa sawit aku merasa takut. Ku pujuk hatiku sebentar lagi sampailah ke rumah.

   Dengan tidak semena-mena kereta yang ku pandu berpusing-pusing.  Aku tak sempat berbuat apa-apa.  Tersedar sahaja keretaku dah masuk longkang.  Aku pula masih elok duduk di kerusi dengan tali pinggang masih melekat manakala enjin kereta masih hidup.  Oleh kerana kereta itu telah melanggar tiang telefon dan berpusing menghadap jalan yang bertentangan. Aku pun membunyikan hon beberapa kali.  Namun tak seorang pun yang membantu. Aku pun cuba membuka pintu tetapi tidak boleh.  Aku matikan enjin, dan melepaskan diri keluar dari tali pinggang yang ketat itu kerena kereta ku dalam keadaan terjongkang kerusi pemandu di atas.
  Dengan cepat aku menyusur keluar melalui cermin belakang bonet kereta yang pecah.  Pada mula-mula ku tengok begitu kecil tetapi aku berjaya meloloskan diri.  Kemudian ku lihat ramai orang yang berhenti dan bertanya.  Aku duduk di atas tiang telefon yang patah itu.  Ramai orang dan cikgu yang datang melihat kerana kemalangan itu berlaku di jalan utama dan hampir 2 km sampai ke bandar Cenderawasih dan kira-kira 16 km lagi sampai ke rumah.
  Aku segera telefon suamiku.  Sebenarnya dia dah berasa tidak sedap hati. Maka mesyuarat pada petang itu digantikan dengan GPK HEM.  Tragedi itru memberi kesan kepadaku.  Malamnya aku tidak boleh tidur.  Sakit sebelah kakiku  mula terasa dan susah hendak rukuk ketika sembahyang.
  Sementara menunggu kereta ditarik, bermacam-macam cerita timbul.  Spekulasi yang agak terkejut juga di hatiku.  Ada cerita yang mengatakan dia sudah memotong keretaku, kemudian semasa hendak berpatah balik dia lihat keretaku sudah berada di dalam longkang.  Ada mengatakan ada orang nak buat cikgu, kerana tiba-tiba sahaja kereta berpusing.  Ada mengatakan kawasan itu kawasan kemalangan dan tempat angin lintang.  Walau berbagai andaian, firasatku selalu benar cuma Aku keliru dan Allah telah tetapkan begitu mengikut Qada dan Qadar.  Mungkin tragedi ini mengingatkan aku agar benar-benar khusyuk dan tawaduk.  Aku bersyukur walaupun keretaku nilainya dah berkurang namum aku selamat, masih lagi diberi nyawa dan peluang untuk melihat dunia ini.


  Suamiku berkata kepada anakku ,"Hari ini mak kau jadi stuntwomen, keluar kereta melalui cermin belakang".

2 comments:

  1. Aku bernasib baik kerana bertemu dengan orang yang benar-benar agen baiki kereta. Kereta tersadai di bengkel dari 25 Oktober 2011 hingga 13 Jan 2012. Hikmah di sebalik insiden ini ialah agar aku cukup rehat dan tidak terlalu takut . Inilah pengalaman pertama memandu kereta sejauh 120km sendirian. Kereta ini akhirnya ku gunakan ke sekolah selepas permohonan etukarku ditangguhkan.

    ReplyDelete
  2. KOs baiki bernilai RM19784.80. Nasib baik kos tersebut melitupi insurans.

    ReplyDelete