Sunday, June 23, 2013

Hari Guru Peringkat Daerah Kuala. Selangor 2013

Setiap sekolah dijemput 10 orang guru meraikan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Selangor pada 13 Jun 2013.  Guru Besar, Encik Abdul Majid bin Ismail, Pn Faizah Diana, Pn Jurina, Pn Zaiton, En Nor Azmi, En Khalid, En Yunus , Ustaz Sarkawi, En Ahmad Sharminan  dan aku telah menyertai sambutan itu.
  Majlis itu telah diadakan di Stadium tertutup Kuala Selangor bermula 2.30 petang hingga 5.30 petang. Aku yang awalnya tidak mendapat jemputan akhirnya menjadi bidan terjun.  Kalau diberitahu awal dapatlah aku memakai baju batik kerana  majlis rasmi. bahasa cin daerah kuala selangor, guru inovatif prasekolah.  Semua anugerah ini adalah untuk mengangkat martabat profesion perguruan .
  Tujuan majlis ini adalah untuk meraikan Anugerah Guru Cemerlang ,tokoh guru peringkat daerah dengan pelbagai anugerah seperti Tokoh Guru 2013, Guru Cemerlang OKU, Anugerah Khas untuk Amalan Pengajran dan Pembelajaran Prasekolah kategori Bahasa Cina Daerah Kuala Selangor dan Guru Inovatif Prasekolah.  Semua anugerah ini adalah untuk mengangkat martabat profesion perguruan . Tema Hari Guru tahun ini lalah 'Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda'.
  Aku tidak pasti berapa orang jemputan dalam majlis itu.  Yang pastinya meja kami ke - 84, kalau satu meja 10 orang, kami ke 840 orang. Majlis berlangsung dengan baik tetapi jamuannya kurang memuaskan hati.  Sekiranya kita hendak menjamu selera kepada guru, biarlah menu itu berpadanan atau sesuai.
  Bukanlah  nak mengutuk seperti tahun-tahun lalu begitulah menunya.  Nasi impit, rendang tak serupa rendang, mi kari, minya seperti tak bercelur dan taugenya mentah, kuah kacang hangit manakala roti jala nak makan dengan apa? kuah kacang, rendang atau kuah mi kari?.  Yang sedapnya hanyalah kuih tako sahaja.  Masakannya umpama budak baru belajar memasak, nasi  impitnya lembik, kepada yang mengambil katering biarlah mahir memasak janganlah tenderkan kepada orang lain kelak rosak nama baik perniagaanmu. Harapanku dan guru-guru lain agar jamuan biarlah memuaskan hati guru-guru barulah guru berminat hendak menyertainya,






   Persembahan -persembahan menarik , tema hijau dan orang PPD pun selaku pengurus sedondong hijau kuning kebiru-biruan.  Walau bagaimanapun , aku bersyukur pergi dan balik selamat sebelum majlis itu tamat kerana aku harus beredar sebelum pukul 6.00 petang kalau tidak aku akan bermaghrib di pertengahan jalan atau hampir 8.00 malam sampai ke rumah di Sabak Bernam.
   "Selamat Hari Guru"  kepada semua guru, semoga menjadi guru yang berwibawa dan menjadi idola kepada semua anak didik.

No comments:

Post a Comment