Di SK Sahabat 4, Lahad Datu , Sabah,gurunya tidak ramai, muda-muda belaka terutama tenaga pengajar tahun 6. Antara yang paling tua adalah aku (Bahasa Melayu), Lorne , Zul (Sains) Abdul Halim (Matematik ) dan Laila (BI). Kehadiranku ke sini adalah atas pertukaran mengikut suamiku yang bertugas di SMK Desa Kencana.
Walaupun baru, hadirku diberikan tugas sebagai guru STF guru Tuisyen Felda dan mengajar Tahun Enam. Bagiku tak kisahlah di mana-mana pun aku tetap mengajar , biasanya murid tahap 2 tahun 4, 5 dan 6. Mula-mula mengajar di sini aku sebagai tenaga pengajar STF, kemudian Tahun 2011 barulah mengajar 2 kelas tahun 6 Arif dan 6 Adil.
Memandangkan prestasi tahun 5 2010, semua guru tahun 6 dapat mengagak keputusan UPSR tahun 2011. Bagiku ini adalah cabaran memandangkan kekurangan kemudahan terutama bahan bacaan, rujukan, pusat tuisyen dan perbezaan dialek, sosioekonomi, budaya serta latar belakang kehidupan. Bukan mudah mengajar murid di pedalaman yang hidup dlam kepompong mereka. Gurulah yang memainkan peranan penting dalam membawa kejayaan mereka di samping sokongan daripada ibu bapa serta masyarakat.
Oleh itu, aku amat tertarik hati kepada peranan pasukan guru muda di sekolah ini yang dapat merancang aktiviti ke arah meningkatkan prestasi UPSR di sekolah ini. Perlu ditekankan di sini peranan murid sebagai aset adalah pertama, ibu bapa , pihak pentadbir, PIBG dan masyarakat amat penting sebagai pelengkap ke arah kejayaan.
Salah satu daripada aktiviti tersebut alah kem SMART UPSR di mana diadakan aktiviti cara-cara belajar dan membentuk murid berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran. Belajar hidup bekerjasama dalam kumpulan , saling bertolak -ansur dan hidup berharmoni. Diharapkan agar nilai-nilai murni yang diterapkan akan diamalkan. Semoga kalian berjaya dalam kehidupan sebenar wahai bekas muridku SK SAHABAT 4 LAHAD DATU SABAH....doa daripada gurumu.
Sayangnya hadirku buat seketika dari 19 April 2010-1 Feb 2012 , walaubagaimana pun aku berjaya meningkat prestasi BM Pemahaman 2,8 % dan Penulisan 12.4 % .....syukurlah bukan mudah untuk mendapatkan yang terbaik .
No comments:
Post a Comment