Aku pun begitu juga. Untuk ujian slope, kali ketiga baru lulus ujian kereta pada tahun 1989. Dengan meminjamkan keretanya, dapatlah aku mengajar anakku memandu. Mungkin dalam kepenatan kerja rumah, kerja sekolah dan mengajar anakku memandu, aku yang memandu keretanya telah terlanggar pokok, kena pada bahagian belakang kereta semasa aku berundur. Entahlah dah nasib agaknya, nasib baik aku tak dimarahinya. Ku hantar kereta tersebut kemudian memintanya baiki dan aku bayar ganti rugi. Ganti rugi RM90 sahaja, hendak ku beri lebih beliau menolak. Jujurnya beliau. Beliau sempat juga bergurau supaya membuat pulut kuning jika lulus ujian kereta kelak.
Kini giliran anak bongsuku pula menghadapi ujian memandu kereta. Pada mulanya mendaftar di Zapcity dengan bayaran RM1068 . Untuk ujian komputer atau undang-undang sekali terus lulus. Untuk ujian litar dan jalan raya memang sukar baginya. Buat kali pertama , dia gagal. Aku sibuk mencari kereta sewa dengan tujuan dapat memberikannya banyak latihan. Kali pertama menyewa RM150 selama dua hari, malangnya aku sempat mengajar 6 jam sahaja. Kukira cukup untuk dia berlatih memandu. Rupa-rupanya, gagal lagi kedua-dua ujian. Aku tak tahu di mana silapnya. Kemudian, aku menyewa kereta itu 2 hari lagi kereta Viva . Aku memberinya latihan memandu sendiri dengan aku menjadi pelatih . Aku lihat ok sahaja dia memandu. Enjin tidak mati dan telah beberapa kali pusing keliling dari Air Paabas hingga ke Masjid Tanah. Kemudian, untuk latihan bukit, kubawa ke SK Dato' Naning yang berbukit itu.
Mungkin aku menggunakan premis , di SK Dato' Naning tanpa kebenaran kot, sebab itu kali ketiga , anakku masih gagal lagi. Kali ini sewa kereta RM130.00 sahaja. Kemudian , anakku sendiri menambah masa latihan di Zapcity selama 2 jam dengan bayaran RM100. Entahlah, 3kali gagal. Kali keempat dengan bayaran RM125 untuk ujian Litar dan Jalan raya. Kali ini aku dah tak tahu nak mengajarnya, biarlah dia sendiri yang menyelesaikannya. Syukurlah kali ini dia lulus kedua-duanya serentak. Alhamdulillah dengan penuh doa dan diringi berpuasa, aku bermohon kepada Allah agar mempermudahkan urusannya.
Dengan itu, aku telah berjanji kepada diriku agar menunaikan hasrat Cikgu Azhar untuk membuat pulut kuning sebagai tanda bersyukur. Pulut kuning ku kukus sebanyak 5 kilo dan 2 ekor rendang ayam cili padi. Aku menjamu selera guru dan murid di SKMT. Syukur Alhamdulillah, akhirya lulus ujian kereta buat kali keempat dengan perbelanjaan berjumlah RM1873.00 .
Pengajaran daripada peristiwa ini , kita hendaklah berhati-hati dan mengikut peraturan serta cekal menghadapi ujian. Kita perlu ada sikap berani dan yakin kepada diri sendiri. Tanpa berputus asa serta mempunyai semangat yang kental, kita akan berjaya jua akhirnya.
Sempat menjenguk ke rumah arwah emak mertua
Rindu zaman itu ketika aku tinggal di Paya Keladi, Pulau Pinang , rumah ini menjadi destinasiku setiap kali hari raya....mahalnya kenangan di sini.
ReplyDelete