Seperti yang dirancang,majlis berjalan dengan baik. Kebanyakan tetamu hadir dan makanan yang ditempah mencukupi. Malangnya majlis makan diadakan pada akhir acara menyebabkan ada tetamu yang balik awal tanpa sempat menjamu selera. Aku pula sibuk dengan keinginan melihat keputusan SPM anak bongsuku. Ramai juga tetamu guru besar yang tidak hadir kerana hari tersebut masing-masing sibuk dengan keputusan SPM.
Seperti yang dirancangkan, aku tidak sempat mendengar butiran ucapan guru besar sebelum meninggalkan sekolah. Apa yang pasti, kami telah menghiaskan kereta alphard untuk menghantar guru besar pulang. Sebagai penutup majlis, semua warga SKMT berbaris di sepanjang laluan keluar ke sekolah. Sebelum itu semua murid beratur dan bersalaman kemudian memberikan lambaian kasih kepada guru besar mereka. Guru-guru juga melambaikan tangan sebagai lambaian terakhir di sekolah ini.
Pendaftaran dan pemberian goodies daripada guru besar
Salam terakhir buat murid-murid SKMT
Murid-murid beratur di sepanjang jalan keluar sekolah
Lambaian kasih daripada guru-guru
Salam daripada saya....penulis semoga hidup bahagia setelah bersara.
Aku pula tinggal tujuh tahun lagi bersara , semoga Allah melanjutkan usiaku dapat menyemai bakti dan memberi kesihatan yang baik. Jika kesihatan terganggu, maka aku akan menamatkan perkhidmatan lebih awal.,,,,, wallahu' alam bissawab.
No comments:
Post a Comment