Monday, September 19, 2016

Majlis perkahwinan mengeratkan hubungan persaudaraaan

Kekadang kita tak tahu bilakah akan bersua dengan ahli keluarga dan saudara-mara. Setiap keluarga mempunyai haluan hidup masing-masing. Mungkin ada yang mencari rezeki  dan ada yang mendiami atau menetap di negeri yang berlainan.  Setelah ibu dan bapa mertua meninggal dunia, hubungan kekeluagaan antara adik-beradik sebelah suami semakin renggang, bukan disebabkan perselisihan tetapi jarak masa dan tempat pertemuan tidak mengizinkan tambhan pula masing-masing dengan karier kehidupan. Ada yang tinggal di Johor, Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor. Tinggallah rumah pusaka terbiar sepi.
   Perkahwinan anak ketiga  kak Zaiton, kakak iparku mengeratkan semula hubungan kekeluargaan , walaupun tidak semua anak-beranak dan ipar duai menghadiri majlis perkahwinan tersebut.  Syukurlah dapat mempertemukan adik beradiknya.  Cuma yang tidak hadir ialah pasangan kembar adik kepada Rosnah.
   Walaupun majlis kecil-kecilan , anggaran 500 orang, tetapi majlisnya meriah., majlis sambut menantu perempuan. Kami menginap di homestay yang berdekatan dengan Taman Perumahan Berlian, Kluang , Johor. Selamat pengantin baru kepada pasangan Iwan dan Suharni , semoga berbahagia, dikurniakan anak-anak yang soleh dan soleha serta berkekalan hingga ke Jannah....aamiin. Tanggal 16 dan 17 September 2016 jadi kenangan  dan menggamit memori.
   Sempatlah aku membuat kek marble sebanyak 8 biji dan buah rambutan sebagai buah tangan kerana sempena cuti pertengahan penggal kedaua persekolahan.
 
                                              menyambut tetamu

                                      Selamat pengantin baru kepada pasangan Iwan & Suharni

                                                   Ibu dan adik beradik sebelah pengantin lelaki
                                         
                                                    bersama-sama dengan saudara-mara

                                          sempat bergambar di pelamin pengantin

No comments:

Post a Comment