Thursday, September 8, 2016

raya tahun 2016 ...1437 H

Raya tahun ini sangat meriah. walaupun pada awalnya terasa amat berat untuk berkemas rumah dan membuat persiapan hari Raya.  Hari Raya pada hari Rabu, kalau Selasa, bekerja keraslah kami.  Kami rileks sahaja, Hari Selasa baru sibuk kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, masak air gula,
  Hari Raya pula pergi sembahyang di Masjid UmarAl-Khatab, sebaik sahaja selesai sembahyang raya, baru nak mengemas meja, isi kuih muih, kakak dan keluarga abang datang, kami belum sedia semua ketupat, lemang dan kuih muih di atas meja.
   Tahun ini aku pula banyak merebus ketupat dan membuat rendang itik . Kari kambing juga disediakan. Kami menunggu tetamu. Kakakku sekeluarga dan anaknya manakala raya ketiga pula adik ipar sekeluarga. Tahun ini kami beraya, betambah ahli keluarga. Kakakku bersama -sama cucunya dan cucuku yang baru berusia sebulan lebih.  Meriah sungguh raya tahun ini....Syukur alhamdulillan, Allah masih memberikan aku masa menikmati kehidupan ini.
  Buah cempedak pula berbuah dalam bulan puasa dan hari raya, dapatlah diagihkan kepada saudara-mara yang dekat dan jauh....ke Puchong Perdana, Kluang, Kedah, dan sekitar Melaka.  ...Semoga pokok cempedakku rajin berbuah.







No comments:

Post a Comment