Monday, September 19, 2016

Raya Haji Aidil Adha 2016...

Beruntung tahun ini Hari Raya Haji pada hari Isnin, 12 September 2016. Kebetulan selesai UPSR dan cuti pertengahan penggal kedua bermula.
   Entah mengapa, aku masih berlengah. Pada hari Ahad , barulah sibuk membuat kek, merebus ketupat. Aku berpuasa pada hari Ahad.  Terasa letih pula.  Oleh itu, aku meminta anak bongsuku merebus ketupat dan pada waktu petang baharulah aku sibuk membuat kek. Pada waktu malamnya, selepas berbuka, aku membuat rendang itik.
  Entah mengapa, rendang itikku tak berapa sedap, tawar dan hambar. Aku tidak tahu. Mungkin tersilap santan atau kurang garam.  Maka ku tambah garam, termasin pula . Manakala kekku pula tak menjadi berlubang-lubang kerana suamiku tersalah beli tepung.  Aku memintanya membeli tepung naik sendiri , dibelinya tepung gandum halus cap kunci.  Alasannya di Family Store hanya ada kotak berwarna oren, tepung kotak warna merah jambu tidak dijumpai. Maka terjadilah kekku yang padat, tidak naik walaupun aku membubuh bikarbonat soda dan krim tartar serta ovelett. Namun begitu kek tersebut masih lembut dan penggunaan majerin mengurangkan keenakan  rasa kek tersebut.
  Tahun ini pula, kakakku menunaikan haji.  Dia bertolak ke  Mekah pada 15 Ogos sehingga 23 September.  Maka berkurang meriahlah Hari Raya Haji tahun ini.  Abangku pula ditahan di PPUM kerana disyaki Tibi.
   Jadi, Hari Raya Haji & Aidil Adha disambut hambar.  Hanya besan dan anak keduaku bersama-sama keluarganya  serta si baby Azfar yang beraya di rumah kami.
  Pengajaran daripada peristiwa , rendang itik dan kek tak menjadi, mungkin hambarnya hati dan perasaanku.  Akhir kata, "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAFKANLAH KESALAHAN SAYA KEPADA SEMUA YANG MEMBACA CORETAN SAYA.

No comments:

Post a Comment