Luasnya kawan kilang percetakan ini. Sakit juga kaki melawat ke setiap bangunan setelah diberi penerangan dari pihak tuan. Aku mengagumi pihak pengurusan kerana inilah satu-satunya syarikat bumiputra yang mampu berdiri megah selama 33 tahun yang bermula dari perniagaan kecil-kecilan.
Banyak majalah, surat khabar , brosur-brosur dan iklan-iklan dari syarikat perniagaan yang besar-besar mendapatkan khidmatnya di sini termasuk Tesco, Jaya Jusco , Avon dan sebagai. Banyak buku ilmiah, fiksyen, novel dipamerkan dan tidak ketinggalan juga untuk melanggan.
kejayaan usahawan bumiputera ini bolehlah dijadikan sebagai ikon kepada generasi muda.
Setelah lebih kurang 2 jam lebih, kami dijamu dengan hidangan kuih seri muka dan bihun. kemudian kami bertukar cenderamata. Sebelum pulang sempat kami mencari buku , majalah dan sebagainya sebagai tanda kenangan. Kami juga diberi majalah percuma sebagai buah tangan. Lebih kurang pukul 6.00 petang kami bertolak pulang . Aku sampai ke Sabak Bernam pukul 8.00 malam setelah keluar dari rumah pukul 6.30 pagi menuju ke sekolah dan seterusnya menaiki bas di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor.
No comments:
Post a Comment