Pertama mendapat surat saman , aku bagaikan tak percaya. Mengapa? Ini adalah disebabkan pada ketika itu aku mengajar di sekolah. Saman dikenakan pada pukul 12.05 tengah hari waktu persekolah. Mana mungkin aku keluar dari sekolah. Semak punya semak barulah dapat dikesan bahawa pada ketika itu aku menghantar anak bongsuku pulang ke rumah kerana aku akan menghadiri mesyuarat. Aku juga baru teringat apabila sebuah kereta polis tiba-tiba memotong keretaku ketika aku memandu di jalan Kampung Paku agak lama juga dia mengekori ku dari Simpang Empat, rupa-rupanya mahu menyaman aku.
Kali kedua pula jarak antara bank dengan pasar lebih kurang 500 meter sahaja tetapi oleh kerana melalui jalan lain di lampu trafik, aku tiba-tiba ditahan polis trafik, apalagi dapat surat samanlah. Ingatkan dekat sahaja, tak payah pakai tali pinggang. Peristiwa itu mengingatkan aku agar sentiasa memakai tali pinggang.
Aku bernasib baik kerana ketika kemalangan yang berlaku menuju 2 km ke pekan Cenderawasih , di Sabah pada 25 Oktober 2011 itu , aku memakai tali pinggang. Sekiranya tidak , aku tidak tahu bagaimana nasibku. Syukur Alhamdulillan kerana kedua-dua saman itu memberi pengajaran dan meninggalkan kesan yang mendalam di hatiku dan aku berharap agar pemandu-pemandu serta penumpang lain memakai tali pinggang keledar.
No comments:
Post a Comment