Ketika aku berada di Sabah, aku selalu teringat akan kenangan lama bersama group perbincangan semasa PJJ - belajar secara jarak jauh. Ahli kumpulanku terdiri daripada aku, Norizah, Kak Idah (Faridah) dan Kak (Hasnah). Aku paling rapat dengan Norizah Bt Hashim kerana mungkin dia orang Negeri Sembilan berdekatan dengan Melaka manakala kak Idah an kak Hasnah orang Pulau Pinang. Dua orang lagi rakan karib PJJ ialah Fatimah bt Musa dan Normazidah bt Majid . Kedua-dua orang ini masih aku hubungi namun sejak dilantik skim siswazah , kami jarang berhubung.
Kini hubunganku dengan Norizah juga dah terputus mungkin dia menukar nombor telefon. Aku pula selalu menghubungi kak Idah. Namun kini semuanya dah jadi kenangan.
Peristiwa ini ku ketahui apabila sms yang ku hantar tak dijawab sebaliknya aku mendapat panggilan telefon daripada seseorang yang pekat loghat Kedahnya sehingga aku benar-benar tak faham akan butiran pertuturannya.
Aku pun meminta suamiku membalas panggilan itu. Alangkah terkejutnya aku apabilaku dapat tahu .....rupa-rupanya ..kak Idah kini dah jadi arwah....Innalillah...semoga Arwah ditempatkan ke dalam golongan orang yang beriman.
Aku menyesal kerana pada cuti penghujung tahun 2010 aku ada menelefon beliau. Ketika itu beliau sedang sakit kerana paru-paru berair dan batuk-batuk . Arwah terpaksa ditahan di wad selama beberapa minggu. Arwah selalu bertanya bila aku hendak datang ke rumah barunya di Kampung C Permatang Tinggi, Kepala Batas , Pulau Pinang, Aku sebenarnya amat rindu sekali hendak pergi dan menjejaki Pulau Pinang kerana di situ banyaknya terpahat kenangan yang indah, kenangan kami berempat berkongsi kereta, berbincang, makan bersama-sama ketika kuliah dan segala memori indah bersama suka dan duka ketika membuat PJJ.
Bagi aku pula sudah tentu banyak kenangan mengimbau kembali kerana aku telah menetap di sana selama 12 tahun sejak dari bulan Disember 1989 hingga Disember 2001.
No comments:
Post a Comment