Friday, September 6, 2013

AL-NASIB

Setiap Jumaat pasti menjadi ingatan kepadaku.  Mengapa? kerana Jumaat banyak memberi kenangan kepadaku terutama tragedi walaupun sekadar mengingatkan kerana aku manusia selalu alpa.
   Jumaat 6/9/2013, peristiwa ini kalau berlaku di tempat lain sudah tentu aku menangis tak berlagu. Mengapa jadi begini? Entahlah terlalu banyak dalam fikiranku.  Pertama, sibuk mencari GPS, ingatkan dah hilang.
  Sebaik sahaja sampai di sekolah pukul 7.15 pagi, hujan masih lebat.  Aku pula terburu-buru keluar.  Aku dah matikan  lampu dan penghawa dingin kereta. Kemudian aku keluar dan terus ke kelas.  Seterusnya mengajar pukul 7.30 hingga 8.30 pagi.
  Untuk menyiapkan fail kantin sekolah, aku ke Bilik Penolong Kanan dan sibuk-sibuk membuat borang penilaian kebersihan Kantin.  Tiba-tiba telefonku berdering.  Panggilan telefon memberitahu enjin keretaku tidak dimatikan dan kuncinya masih melekatnya di tempatnya. Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi. Cuainya, aku! lihat dari pukul 7.15- 9.15 pagi , enjin kereta masih hidup, senang sahaja dilarikan orang kalau di tempat awam.  Nasib baik di parkir di sekolah dan tempat lalu -lalang, kalau di bawah tempat meletak kereta alamat sampai baliklah enjin kereta itu hidup.  Syukurlah, masih boleh buka, nasib baik tak terkunci dari dalam, dulu pernah keretaku terkunci dari dalam.  Jadi, terpaksa memanggil suami hantar kunci kedua. Sekiranya berlaku hari ini, alamat tak baliklah aku kerana suamiku berkursus di IAB, Institut Aminuddin Baki.
   Syukur, syukur, syukur....... moralnya jangan banyak fikir!~dan sentiasa pastikan kereta dikunci sebelum meninggalkan kereta.

No comments:

Post a Comment