Monday, September 2, 2013

Liku perjalanan ke sekolah hari ini-2/9/2013

Hari ini 2 September 2013, jalan penuh berkabus.  Aku bertolak dari rumah SBPI pukul 6.30 pagi agak tebal kabusnya, menggganggu pemanduanku.  Agak lambat memandu dengan kelajuan 80-90km, tidak seperti selalu.
  Agak lewat juga, jam menunjukkan pukul 7.00 pagi , aku masih di jalan Sungai Doraini, kereta di hadapanku juga agak lembab.  Hendak saja aku memotongnya tetapi aku merasa takut juga kerana kabus yang tebal mengganggu pemandangan.  Aku pula menggunakan lampu tinggi, takut terlanggar bendul (divider ) hanya garisan putih sebagai panduan.  Hendak tak hendak tiba di jambatan Simpang LIma terpaksa juga ,aku memotong kereta di hadapanku.
  Selepas batu 23, kelihatan benda hitam dah terjongkang, terbalik dan kerlipan lampu merah diangkat berulang-ulang, di tengah-tengah divider.  Sahlah , sebuah kereta dah terbalik.  Aku tak pasti kereta jenis apa.  Aku berlalu sahaja sambil sempat memandang sekali imbas.
  Syukurlah aku sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi dan murid-murid belum beratur untuk perhimpunan rasmi hari Isnin.
    Di sekolah pula, salah seorang guru SKSS, keretanya telah terjunam ke dalam longkang kerana tidak menarik habis brek tangan semasa parkir . Tanah di tempat parkir pula tidak rata, agak curam di hadapan, oleh itu keretanya menggelongsor. Skirting keretanya tanggal kerana mengggelongsor dan terbenam.  Nasib baik tanah longkang  itu jadi penghalang, kalau tidak pasti melanggar tembok pagar batu sekolah lagi teruk!.  Syukurlah, sedikit sahaja akibat kecuaian.  Aku pun cuai juga air wiper dah kering, sebab itu cermin kelabu asap!.
   Peristiwa ini mengingatkan kita agar berwaspada selalu...hehehe.

1 comment:

  1. 5/9/2013 hari ini pula sebuah lori terbalik selepas simpang ke Tanjung Malim, jalan di sebelah kanan...setiap minggu ada sahaja kemalangan yang ku lihat di sepanjang perjalanan ke sekolah, jika tidak di laluanku atau di sebelah kanan. Semoga Allah melindungiku dalam perjalananku ke sekolah selamat pergi dan balik selama hampir 1 jam sejauh 60.5 km sehala.

    ReplyDelete