Friday, April 18, 2014

Mesyuarat Linus Kali kedua

Pada 17/04/14, aku menghadiri mesyuarat Linus kali kedua di PPD, Alor Gajah.  Masalah utama ialah tempat parkir.  Selalunya 2 sesi taklimat .  Sekolah Masjid Tanah sesi kedua, bermasalah parking sementelah Sekolah Alor Gajah 1 pula mengadakan LADAP.  Setelah 2 kali berpusing-pusing mencari tempat parkir, maka terpaksalah park kereta di sebelah sekolah dengan berkupon.
  Semasa parking kereta bertemulah dengan rakan guru di SKDN.  Aku hanya sempat bersalam tanpa sempat berkirim salam dengan guru-guru SKDN.
  Taklimat penulisan saringan 1 Linus ni agak berlainan sedikit.  Aku mula berjumpa rakan guru baru dan pegawai Linus SL Daud bin Md Liza, Pn Mariam serta Pn Norliza (Matematik). Taklimat kali ini mempetemukan aku dengan dengan Encik Daud .  Aku sempat berbual dengannya, meminta buku catatan Linus dan cara mencatat konstruk /melepasi konstruk .  Aku maklumkan muridku ada 8 orang yang  tidak mencapai apa-apa konstruk.  Terkejut beliau.  Katanya masih terlalu awal,  Aku pula menyatakan sukar bagiku mengajar murid yang terlalu jauh pencapaiannya antara yang sudah menguasai kemahiran sehingga konstruk 12 dengan tidak menguasai apa-apa konstruk bermakna konstruk sifar.
  Puas aku mengajar mereka.  Aku pun agak musykil juga mengapa susah sangat hendak mengajar murid-murid tahun 1.  Mungkin tiada pengalaman dan perbezaan terlalu jauh antara Tahun 6 dan Tahun 1. Tetapi tak mengapalah mungkin dugaanku bagi  tahun 2014.
  Setelah mendengar taklimat, masing-masing mengangkut kertas soalan atau instrumen BI, BM dan Matematik secara ber'bundle'.  Nasib murid sekolahku sedikit, kalau tidak alamat perlu mencari troli ataupun membawa kereta dahulu berdekatan dengan PPD supaya mudah dimasukkan ke dalam but kereta.
 Semoga saringan menulis ini akan berjalan dengan lancar .  Saringan yang akan mula dijalankan pada 21/04/2014 sehingga 30/4/2014.
  Selepas ini terpaksa buat minit mesyuarat curai  dan pendedahan cara menjalankan saringan menulis serta mengagihkan instrumen kepada semua  guru Linus.  Linus , Oh, Linus....mencabar jugalah kerana cara pengendalian berbeza.  dan pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
 Tambah kerja pula ...di mana akan ada Linus tegar dan murid Linus  sementara  Tahun 6 pula , akan ada 3 orang murid PROTIM..... Semoga Allah memberikan aku kekuatan dan semangat baru .

No comments:

Post a Comment