Friday, August 29, 2014

Ambang Merdeka 2014

Pada 29 Ogos 2014, Arahan mengibarkan bendera sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke- 57, telah pun dilaksanakan.  Kami berkumpul di tapak perhimpunan selepas bacaan Yasin dan taklimat daripada guru besar.
  Semua guru dan murid bersiap-siap dengan bendera Malaysia ataupun Jalur Gemilang.  Ada juga murid yang membawa bendera Melaka dan Bendera Malaysia bersaiz besar 3 X  6 inci.  Setelah menyanyikan lagu Warisan , Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, lagu Tema tahun ini, "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta "dan kami akhiri dengan 7 kali laungan merdeka diketuai oleh En Mohd Isha bin Bakar, guru cemerlang Bahasa Melayu.
  Semua murid dan guru diminta mengikuti laungan tersebut sambil mengangkat tangan dan memerdekakan diri.  Pada mulanya, tangan digenggam kemudian dinaikkan  dan melepaskan genggaman tersebut.  Majlis kibarkan bendera dan menyanyi selama 20 minit.  Majlis bersurai setelah laungan merdeka itu.








No comments:

Post a Comment