Friday, August 29, 2014

Sudut Patriotik 6 Bestari 2014

Hari ini dan semalam, 28 & 29 Ogos 2014, aku menambah sudut patriotik dan sudut warisan agar murid-murid sedar akan kepentingan memelihara kemerdekaan.  Mereka tidak tahu apa erti penjajahan minda dan negara yang telah dijajah oleh bangsa asing seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris.  Aku memetik kata Allahyarham Sudirman yang mengatakan merdeka bermaksud memerdekakan  minda dan kemunduran.  Betapa pesanan beliau kepada generasi muda agar memerdekakan diri daripada kemiskinan menuju kepada kemajuan.
   Aku meminta murid-muridku mendoakan kesejahteraan negara kita Malaysia, tuliskan doa mereka di dalam kertas untuk dipamerkan.  Kemudian, sempena mereka menduduki peperiksaan UPSR, aku juga minta mereka mencatatkan harapan dan impian mereka.  Semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya di dalam hidup mereka kelak.
  Semalam kuminta mereka menggantung pemimpin negara iaitu gambar Perdana Menteri dan gambar Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di hadapan kelas dan di sudut Patriotik.
   Hari 29 Ogos, 2014 aku adakan sudut warisan agar mereka mengetahui warisan  mereka iaitu batik, anyaman dan kraf tangan.  Sulaman mesin kuperkenalkan pada alas meja, alas makan daripada anyaman buluh, tiidung saji daripada anyaman mengkuang, dan tenunan songket pada baju kurung tradisional.
  Semoga pameran ini dapat membuka mata murid dan menghargai warisan kita.
 





Selamat menyambut kemerdekaan ke - 57 - Di sini lahirnya Sebuah Cinta - Kami sayang Malaysia semoga Malaysia sentiasa aman dan damai.


No comments:

Post a Comment