Sunday, August 24, 2014

Menyuarat Guru Baharu LINUS 2014

Pada 18/08/2014 , bertempat di Bilik Seminar , Kolej Komuniti aku telah mengikuti kursus LINUS bagi guru baharu yang tak pernah diberi pendedahan tentang LINUS.  Ada beberapa orang guru lama yang dikatakan baharu kerana tidak ada pengetahuan tentang LINUS dan mengajar Tahun 1.
  Kami diarahkan membawa Manual Am pengendalian LINUS Membaca dan Menulis , Borang BPI dan buku pengendalaian dan pengoperasian LINUS.  Seramai 9 orang Fasilinus dan kursus ini mencapai objektifnya menurut En Jasman bin Abdul manaf.
 Ada beberapa perkara yang mungkin tidak kita sukai apabila guru dikatakan megendalikan LINUS dengan tidak mengikut pandauan manual Am.  Mana-mana pegawai pun tidak akan tahu dan manu faham , bahawa untuk mengendalikan LINUS bukanlah mudah. Aku mengendalikan LINUS mengikut landasan yang betul. Tetapi ada kalanya sukar untuk menyediakan alat seperti gambar-gambar setem dan pukat sedangkan gambar yang diberikan gambar hitam putih dan murid tidak pernah melihatnya.
  Bagiku memang menyulitkan kerana aku mengajar tahun 6 dan tahun 1.  Perbezaan yang jauh tarafnya membuatkan aku kadang-kala tidak sempat hendak menyediakan alat-alat bantuan mengajar.  Tambahan pula di sekolahku memang sukar hendak membuat lembaran kerja dan tidak ada bantuan mengajar kecualai yang lama-lama. Peruntukan sekolah yang kurang murid juga adalah faktor yang menyebabkan peruntukan sedikit manakala latar belakang murid yang berpendapatan rendah serta ibu bapa yang berpendidikan rendah menghambat faktor kejayaan LINUS.
  Ada 7 orang muridku tidak menguasai kemahiran membaca.  Bagaimana hendak menguasainya kalau mereka sendiri tidak mahu mengikut bacaan guru, tidak fokus dan menharapkan 100% kepada guru sedangkan untuk berjaya  adalah diri sendiri.
  LINUS atau PROTIM adalah sama, bezanya LINUS selama 3 tahun mesti LULUS atau melepasi 12 konstruk membaca dan menulis. Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan LINUS.  Tetapi percaya kalau tidak ada kehendak diri murid itu sendiri untuk belajar di samping sokongan dan dorongan daripada ibu bapa , tentu anak-anak mereka tidak akan berjaya.
  Sesungguhnya hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.  Cabaran bagi guru seperti aku ini memanglah banyak, pertama selama 29 tahun tak pernah mengajar tahun 1, kedua latar belakang murid yang sukar mendengar arahan dan kurang membaca di rumah tentulah menambah masalah kepadaku tambahan ibu bapa yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak,
  Kerana LINUSlah aku mendapat surat layang daripada ibu bapa.  Surat yang mencemarkan namaku di sekolah baru dan tahun ke-30 mengajar.  Di sini, ku jumpai  segala macam perangai.....biarlah ia menjadi suatu episod baru dalam perkhidmatanku.

No comments:

Post a Comment