Monday, August 11, 2014

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2014

Selaku setiausaha Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, kini giliran  panitia PSK mengetuai untuk  melaksanakan program bulan Kemerdekaan.  Langkah pertama, mengadakan mesyuarat diketuai oleh GPK korikulum En Azmi bin Abdul Aziz .  Ketua Panitia PSK dan PSV memainkan peranan penting dalam melaksanakan program Bulan Kemerdekaan yang telah dilancarkan pada 8 Ogos sehingga 22 September 2014.
  Pada 8 Ogos telah dilancarkan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah dan dirasmikan oleh Tn Hj Othman bin Hj Ahmad, guru besar Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah.  Antara ucapan perasmian pembukaan tersebut, beliau menerangkan tentang negara tercinta , Malaysia...Di sini Lahirnya sebuah cinta tema kemerdekaan Malaysia ke-57.  Tanggal 31 Ogos 1957 ialah  tarikh keramat kemerdekaan negara kita setelah dijajah oleh kuasa Barat iaitu Portugis, Belanda, Bristish atau Inggeris , Jepun dan Inggeris.  Selama lebih kurang 446 tahun negara kita dijajah.
   Antara program yang akan dijalankan adalah seperti Pertandingan mewarna bagi murid-murid tahun 3 hngga Tahun 6. Murid-murid tahun 3 menggunakan warna pensel manakala murid-murid tahun 4.5 dan 6 menggunakan warna air atau watercolour.  Pertandingan Kelas patiriotisme terbahagi kepada tahap 1 dan tahap 2.  Setiap guru kelas mestilah menceriakan kelas mereka dengan bendera, gambar pemimpin, dan bahan-bahan atau kenyataan mengenai sejarah negara. Tempoh masa yang dicadangkan pada 11 Ogos sehingga 29/8/2014. Bilik-bilik khas juga akan dipertandingkan.
   Selain itu akan diadakan pertandingan lagu-lagu patriotik sama ada secara solo atau kumpulan.  Tarikh pertandingan dicadangkan pada 26/8/2014 pada hari Selasa waktu Kokrikulum.
 Pada 22 September 2014 adalah hari penutup Bulan Kemerdekaan .  Pada hari tersebut akan disampaikan hadiah kepada pemenang.
                                        Perhimpuana semua murid memegang bendera


                       Murid-murid gembira dapat mengibarkan bendera lambang kemegahan negara kita.
                                            Semua murid dan guru menyanyikan lagu Warisan sebagai lagu tema kemerdekaan tahun ini kali ke-57 , Malaysia Di sini Lahir Sebuah Cinta.
                                                      Kibaran bendera di ketuai oleh guru-guru
                                  U            capan perasmian , Tn  Hj Othman bin Hj Ahmad

No comments:

Post a Comment