Saturday, August 16, 2014

Bulan Kecergasan 2014

Menjaga kesihatan bukanlah mudah.  Dengan kebimbangan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap obesiti kanak-kanak atau murid sekolah sekarang, maka diwujudkan pula bulan kecergasan.  Kanak-kanak sinonim dengan obesiti apabila makan makanan yang tak seimbang seperti nasi lemak dan junk food, kurang bersenam dan tidak aktif.  Oleh itu berbagai-bagai cara dijalankan bnagi mengatasi masalah ini.
  Antara agenda KPM ialah mewujudkan 1 Murid 1 Sukan dan bulan kecergsan sehingga ada ujian SEGAK bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani.  Manakala dari aspek kesihatan dan  pemakanan pula, setiap murid akan ditimbang berat badan dan diukur tinggi bagi mencari berat badan yang ideal.  Mana-mana murid yang obesiti dinasihatkan agar mengurangkan makanan yang berlemak dan aktif/
  Bulan kecergasan SKMT telah dibuat serentak dengan Bacaan Ysin, Majlis Penutup Bulan Membaca dan Majlis Pembukaan Bulan Kemerdekaan pada 8 Ogos 2014.  Semua warga SKMT berwajah ceria dan gembira menyambut majlis ini.  Semoga kami semua menjaga kesihatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik.





No comments:

Post a Comment