Thursday, January 8, 2015

Bukit Malawati, Kuala Selangor

Pada 3 Januari , kami telah mendapat undangan ke majlis perkahwinan seorang staf SBPI Sabak Bernam. Kebetulan melintas Bukit Malawati , kami singah di sini.  Dah lama aku menginginkan menaiki Bukit Malawati. Selalunya aku melintas sahaja di sini ketika pergi mesyuarat atau ke Pejabat Daerah Pendidikan Kuala Selangor ketika bertugas di Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh pada tahun 2012-2013.
  Kini impian tercapai .  Setelah balik dari majlis tersebut, kami singgah ke Bukit Malawati. Tiket masuk naik trem berharga RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 kanak-kanak.  Difahamkan trem beroperasi pada hari Sabtu dan Minggu.  Waktu operasi bermula dari jam 9.00 pagi - 5.00 petang.
  Setelah membeli tiket ,kamiberatur untuk naik trem ke Bukit Malawati, Di puncak bukit terdapat penjual aiskrim, buah-buahan, minuman dan sayur kangkung serta pisang muda untuk diberikan kepada sang monyet. Pertama, kami bergambar di tepi meriam.  Kemudian kami melihat menara tinjau.  Muzium bukit Malawati menerangkan bagaimana Selangor mendapat nama.  Sejarah Selangor dan barang-barang sejarah dan jurai keturunan Sultan Selangor
    Bukit Malawati Kuala Selangor adalah merupakan pusat pentadbiran dan juga kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19. Sultan Ibrahim (1782-1826) telah mendirikan sebuah kota di Bukit Malawati bagi mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. 
Kota tersebut bagaimanapun telah jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan "Kota Altingsburg" bersempena nama Gabenor Belanda di sana. Namun Sultan Ibrahim telah berjaya menawan kembali kota tersebut pada Januari 1785 dengan bantuan pahlawan-pahlawan dari Pahang. Ini adalah kejayaan pertama seorang Sultan dari Tanah Melayu berjaya mengalahkah satu kuasa besar Asing di Tanah Melayu. 
Kota Malawati ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Bersejarah dibawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 8 September 1977. 
  Terdapat banyak meriam di hadapan Bukit Melawati dan menara melihat anak bulan dan menara api. Kami melihat banyak lutong di sini. Ada yang jinak ada juga yang garang tetapi kita mestilah berhati-hati.  Ralai pelancong yang memberi lutong makanan kepada lutong ini.
Kami tidak pergi ke Batu Hampar yang mengatakan tempat ini agak berhantu terutama kalau orang yang lemah semangat .  Menurut cerita rakan-rakan yang pernah pergi, ada yang kena usik sebab itu trem terakhir ialah pukul 6.30 petang.  
 Mengikut sejarah dari zaman ke zaman, batu hampar ini dikatakan berasal dari batu tambatan bahtera. Batu berukuran  5 x 5 kaki ini dikatakan pernah menjadi tempat seorang dayang istana yang dipancung kepalanya akibat perbuatan zina yang menyebabkan Sultan menjadi murka. Darahnya dikatakan disimbah disekitar kota Malawati sebagai pengajaran kepada rakyat agar tidak melakukan perbuatan zina. Selepas kejadian itu juga dikatakan , sebatang pokok yang terletak berhampiran dengan batu hampar itu akan berdarah sekiranya ditoreh seolah-olah terkena sumpahan akibat hukuman itu. 
Pernah berlaku beberapa orang anggota ekspedisi menjelajah Kuala Selangor dilihat cuba menoreh batang pokok angsana itu dan ternyata ia mengalirkan getah berwarna merah...... wallahualam
 Kemudian kami terus menaiki trem turun ke Taman Ternakan Ikan Air Tawar.
Terdapat beberapa buah akuarium, kolam yang agak tidak dipelihara memandangkan kolam itu dijadikan keadaan  semulajadi , ada burung tiung, burung merpati dan ayam piru serta ayam kampung. 
  Kemudian kami ke bangunan yang memperlihatkan peralatan menangkap ikan serta lukisan besar menghias dinding dengan memberi maklumat mengenai ternakan ikan air tawar.
                       bergambar di hadapan pintu masuk berdekatan kaunter tiket
                                                   di hadapan    kedai cenderamata
                                      bergambar bersama-sama anak bongsuku
                               bergambar di hadapan tempat melihat anak bulan dan menara api
                                    di hadapan bangunan Muzium Kuala Selangor
             Kebanyakan lutong berkeliaran mencari belas ihsan makanan yang diberikan oleh pelancong

                     Pemandangan kolam ikan air tawar yang dipenuhi dedaun kering
                       ayam piru ini ke hulu ke hilir kerana ketiadaan makanan
 
                                           
                     
               Pemandangan di blok bangunan ternakan ikan air tawar

Terdapat pengajaran daripada peristiwa menaiki trem Bukit Malawati.  Pertama, terdapat sekumpulan pelancong kaum Cina yang monopoli tampat duduk di trem ini walau pun tempat duduk trem ini sudah melebihi muatan di hadapan. Kedua, Taman ternakan Ikan Air Tawar sepatutnya dipelihara dan dipulihara memandangkan keadaan yang kotor terutama kolam ikan air tawar, dedaun kering berselerakan dalam kolam mengotorkan kolam.  Air kolam perlu disalirkan dengan baik atau saliran air keluar dan masuk.  Pemandangan begini akan menjejaskan pandangan pelancong atau masyarakat terhadap tempat  pelancongan.

No comments:

Post a Comment