Orientasi tahun 1 dan prasekolah dimulakan ucapan guru Besar,dikuti taklimat berkaitan dengan HEM, pemerangan LINUS, dan pendedahan JQaf. Tepat pukul 10.00 pagi semua muridtahun 1 bergerak ke kelas masing-masing. Sementara menunggu ibu bapa mengambil buku teks, murid-murid tahun 1 diberi lembaran kerja mewarma.
Untuk fasa 1 mereka mewarna gambar bunga dan fasa 2 gambar bunga dengan rama-rama. Ada yang tekun mewarna , ada kemahiran cantik dan bersih kerja mereka dengan tekun. Ada pula yang tidak lagi mahir dengan warna dan menulis nama pun tidak tahu. Dengan program orientasi ini dapatlah sedikit sebanyak gambaran kebolehan murid-murid tahun 1.
Oleh kerana bilangan murid tahun 1 ini 30 orang, maka guru perlu mengajar mereka mengikut kebolehan. Masih terdapat 4 orang yang belum menguasai kemahiran membaca dan mengenal huruf serta warna. Mereka perlukan bimbingan guru. Sebaliknya , kami guru amat memerlukan sokongan dan dorongan daripada ibu bapa untuk membantu menyelesaikan masalah anak mereka. Janganlah ada antara mereka yang tidak dapat menerima kelemahan anak-anak dan mencari kelemahan guru. Untuk berjaya, murid perlu bergerak, ibu bapa perlu membantu dan guru pula perlu prihatin dan menumpukan lebih kepada mereka yang lemah. Semoga tahun 2015 memberi sinar kepada semua murid SKMT.
Kami menjadikan 3 kumpulan murid, setiap kumpulan dibekalkan sekotak pensel warna. Murid lain guna pensel warna sendiri.
Kami membantu cikgu Pn Asiah Hashim, Pn siti Norlizah Jantan dan penulis sendirihasil kerja murid yang teliti, kemas dan bersih
No comments:
Post a Comment