Pada tarikh 25 Disember, Khamis, cuaca pada pagi itu agak baik memberi rahmat kepada kami memandangkan cuaca tidak terlalu panas dan tidak hujan sedangkan hari-hari sebelumnya hujan. Pagi itu aku sibuk mengeluarkan barang-barang, Pada pukul 9.00 pagi baru aku menggoreng mi. Ingatkan nak makan dua buah keluarga tetapi ramai pula. Memang kami bercadang nak goreng bihun tetapi memandangkan kami kekurangan tenaga, maka lambatlah sedikit bersarapan pada pukul 10.00 pagi
Kedua-dua anakku pergi mengambil kuih kasui 2 loyang dan kuih apam 100 biji dengan harga RM70. Kemudian aku minta mereka mengambil kuih bakar yang telah ditempah sebanyak 15 biji dengan harga RM50 Selepas bersarapan semua orang dah mulakan tugas. Ayam telah ditempah 13 ekor dengan harga RM189.00 dan ikan keli dengan RM85 dalam 80 lebih ekor.
Semua bahan-bahan masakan dibeli olehku, dan suamiku. Aku jenis yang tak berapa nak teliti satu persatu tetapi dalam anggaran RM1000 dengan barang-barang masakan dan bekas makanan yang berharga RM45.00 sebanyak 100 buah. Dengan beras bid of Paradise. 3 kampit ,3 minyak masak, bawang merah, bawang, putih , cili hidup, cili api, cili keriang dan sebagainya.
Nasib aku baik kerana semua ahli keluarga datang bergotong-royong memasak. Menunya , ayam masak merah, keli goreng cili padi, kubis masak lemak, ikan kering, dan sambal belacan. Syukur , pak cikku mengetuai bacaan doa selamat bersama-sama dengan ahli keluarga. Kami amakan agak lewat kerana kekenyangan makan bihun.
Pada petangnya pukul 5.00 petang , kami dah mula memasukkan makanan ke dalam bekas makanan dengan set yang lengkap, iaitu ayam masak merak, pajeri terung, ikan kering , air mineral dan sepotong kuih bakar.
Malamnya selepas solat maghrib, kami membaca Yasin di masjid dan tahlil untuk arwah-arwah . Semoga majlis ini mendapat berkat...doakan kesyukuran abang...rumah baharunya, kakak, anak-anak dapat kerja , bakal dapat cucu 2015, aku- dan bersyukur kerana dapat bertukar ke Melaka dan dapat mendiami rumah sendiri....SYUKUR ALHAMDULILLAH kenduri penutp tirai 2014
memasak di luar rumah
Duduk berborak selepas masak
Mak Teh Rosna menunjukkan bekas makanan untuk dipack makanan
Kehadiran Busu Mail seorang yang pandai melawak tak kering gusi dibuatnya.
Syukur alhamdulillah...dapat berkumpul dengan ahli keluarga dan majlis berjalan dengan baik.
.
Padaku aku memautkan kesyukuran kerana tidak cedera semasa kemalangan tahun 2011, dapat bertukar ke Selangor 2012 , dapat Guru Cemerlang 2010 dan bertukar ke Melaka 2014. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan merahmati kami sekeluarga.....ALHAMDULILLAH< MAHA BESAR ALLAH YANG MENGATUR PERJALANAN HAMBANYA
No comments:
Post a Comment