Tuesday, March 8, 2011

KISAH 1985 ( SK SERI SUBANG JAYA 2)

Ketika itu baru saja mengajar di sebuah sekolah di Selangor.  Kekawanku semuanya guru baru posting.  Yang ku ingat nama-nama mereka Halimah, Salmah, Noreha, Jamlus, Rais , Mariam dan dua orang yang bernama Zainab. Seorang dari  Melaka dan seorang lagi dari Selangor.  Sekolah Sri Subang Jaya 2 nama diberi.  Sekolah itu baru sahaja dibuka sama usianya dengan pangalaman kami.  Ada 4 orang guru lama yang berkhidmat di sekolah itu.
   Guru besar pula bernama Encik Abdul Wahab. Orang agak lembut dan baik.
Seorang guru besar yang rajin dan bertanggungjawab manakan tidak, sekolah kami tidak ada kerani, oleh itu beliau sendiri yang membuat gaji kami.  Walaupunkami guru baru cukup sebulan kami dah dapat gaji.  Beliau juga telah memastikan kerusi dan meja mencukupi sebelum kelas bermula.
  Aku mengajar tahun 2.  Seingatku peristiwa yang paling lucu ialah ketika aku mengganti kelas tahun Satu.  Pada mulanya Cikgu Rais mengganti kelas itu .  Seorang murid lelaki telah memohon izin keluar kerana melepaskan hajatnya.  Kemudian aku pula mengganti kelas itu.  Maka budak lelaki itu pun bertanya kepadaku, " Teacher, Where is the big teacher?." Dalam hatiku tersenyum sahaja.  Apa pula yang akan dikatakan selepas aku keluar kelas itu kelak.  Tentu dalam hatinya  berkata , "Teacher,  Where is the small teacher?." Memanglah cikgu yang pertama masuk ke kelasnya tadi orangnya tinggi dan berbadan besar manakala aku pula rendah dan berbadan kecil sahaja.
 Kini peristiwa itu semua seudah berlalu kerana ketika ini aku dah mengajar 28 tahun. Kawan-kawanku yang dulu setakat ini sukarku jejaki kecuali Zainab bt Awang itu pun dah terputus hubungan apabila aku berpindah ke Sabah.

No comments:

Post a Comment