Tuesday, March 22, 2011

Pengalaman 2 (KISAH 2) -19 MAC 2011

 Aku dan anakku akan balik ke Felda Sahabat setelah bercuti selama 6 hari di Melaka.  Anakku yang sulung dan kawannya menghantar aku ke LCCT.  Oleh kerana ibuku turut sama mengikut aku balik ke Melaka, maka kakakku terpaksa mengambilnya di LCCT.
   Aku sebenarnya telah membelanjakan wang hampir RM3000 selama 6 hari itu.  Aku membeli pakaian, langsir dan kain .  Kain itu untukku membuat sepasang baju, 8 meter kain untuk 4 helai baju kurung buat ibuku  dan sepasang baju untuk anak sulungku.  Oleh kerana banyak barang yang hendak kubawa maka aku terpaksa tinggalkan kain-kain tersebut di kampung.  Kain langsir kubawa tetapi beratnya nasib baik ada penimbang digital rumah, setelah dimasukkan ke dalam beg besar beratnya 19.9kg.  Aku nak bawa mesin jahit tepi, buku motivasi dan kain langsir , pencuci muka Avon, rempah sauna, dan mesin akupuntur beratnya agak-agak melebihi 15 kg sedangkan kami boleh membawa 14 kg sahaja.
    Maka aku kecilkan barang-barang itu buat 2 beg kecil dan 2 beg jinjing yang beratnya melbihi 7kg. Mesin jahit tepi itu ku masukkan ke dalam kotak kemudian dibawa dengan beg plastik.  Aku cuak juga kerana melebihi 7kg setiap seorang.  Tetapi ku kuatkan hati dan tekad membawanya ke Sabah.  Setibanya aku di bahagian imigresin, pegawai itu tanya, "Apa dalam kotak itu?", aku menjawabnya, "Mesin Jahit"'.  Tiba di bahagian mesin pengimbas pula tiba-tiba berbunyi pula dan mesin pengimbas tu berhenti. "Ah, dalam hatiku bertanya-tanya lepaskah mesin ini?.  Maka semua orang memandang ke arahku. Malunya aku apa nak dikata.  Maka pegawai itu pun mengarahkan aku membuka kotak itu. Pegawai yang lain tertanya-tanya." Apa benda tu?". Mesin basuh jawabnya., ""Ah..mesin basuh , eh. bukan mesin jahit tepi!.". " Kak, ada gunting, ya?'. Alamak, terlupa pula barang larangan itu, sebenarnya benda-benda tajam tak boleh dibawa naik  dalam kapa lterbang . Pegawai itupun mengambil gunting itu.  Nasib baik aku sudah pelan  dan  jangka, maka kuminta gunting itu dan serahkan kepada anakku, kalau tidak alamat rezeki pegawai itulah.  Bukannya aku kedekut , sebenarnya hidup di Felda Sahabat amat sukar hendak ke bandar, jarak dari rumahku lebih kurang 120 km  ke bandar Lahad Datu. Sudahlah begitu harga barang-barang mahal berbanding dengan Semenanjung. Kualitinya juga berbeza.  Kalau seorang memandu, tambahan pula perempuan alamak tak sampailah kerana perjalanan selama 1 jam lebih, jalan raya teruk berlubang-lubang, melalui kawasan kelapa sawit, amat menakutkan kecuali ada orang lelaki. Stesen minyak dan bengkel kereta jauh kalau hendak ke bandar mesti sediakan minyak yang mencukupi dan pastikan kereta dalam keadaan yang baik, mana tahu malang tak berbau, bukan ada stesen dan bengkel kereta kecuali di tempat-tempat tertentu.

No comments:

Post a Comment