Tuesday, March 8, 2011

pertukaran 1989

Momohon pertukaran sebelum berkahwin adalah pengalaman yang pahit bagiku. Kebiasaannya borang permohonan pertukaran adalah dalam bulan Mei.  Oleh kerana aku akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai, 1989, maka borang permohonan pertukaran terpaksa aku isi.  Guru besarku tidak mahu menghantar borang yang telah tamat tarikh sementelah pada masa itu aku masih belum lagi bergelar isteri.
  Oleh kerana desakan, aku terpaksa mengisi borang tersebut dan menghantarnya sendiri ke Jabatan Pendidikan Selangor. Sebaik sahaja melangkah ke pejabat tersebut aku mulai ragu-ragu apakah soalan yang akan ku hadapi.  Sebaik sahaja aku sampai di pejabat tersebut, tersedia tiga orang pegawai .  Mereka bertanya kepadaku.Aku langsung ditegurnya.  Cikgu ni belum lagi melangsungkan perkahwinan dah mohon pertukaran.  Cikgu tahu tak , ada yang dah berkahwin pun bercerai, inikan pula cikgu, panas telingaku mendengarnya. Aku juga ketakutan  kerana ini baru bulan Mei sedangkan bulan Julai nanti adakah aku pasti akan jadi berkahwin atau sebaliknya.
  Dengan tak semena-mena air mataku mengalir.  Memandangkan air muka begitu, akhirnya pegawai tersebut pun berkata," hai datang tadi cantik-cantik dah jadi begini !." Tak apelah, borang ini akan kami terima tetapi hantar surat nikah secepat mungkin supaya dapat kami memproses permohonan pertukaran ini.  Setelah aku berpindah ke Pulau Pinang, barulah aku tahu bahawa suamiku terpaksa membuat surat akuan bernikah dan pengesahan melalui ketua jabatannya.

No comments:

Post a Comment