Tuesday, March 22, 2011

Tragedi (KISAH 1) -26 DISEMBER 2010

 Aku, suami dan anakku yang bongsu akan berangkat balik ke Felda Sahabat. Kami telah menaiki kapal terbang Air Asia pada pukul  7.20 pagi 26 Disember 2010.  Itulah penerbangan awal pagi.  Setelah berlepas dan kira-kira pukul 8.50 pagi kami diberitahu bahawa ada kebakaran di Kota Kinabalu.  Oleh kerana pesawat ini tidak mendapat maklumat arahan  mendarat di Tawau dan kami diarahkan berpatah balik ke LCCT .  Pesawat tersebut terpaksa  terapung kerana hendak menghabiskan minyak sementara menunggu arahan mendarat di Lapangan Terbang KLIA.      Tepat pukul 9.20 kami telahpun turun dan berehat di Balai Menunggu.  Di Balai itu kami melihat ramai penumpang yang tertanya-tanya dan tersadai berehat di kerusi dan ada yang berdiri serta duduk di atas lantai kerana ketiadaan tempat duduk.  Semua penerbangan ke negeri bawah bayu ini tergendala.
   Berbagai gelagat manusia yang dilihat. Kami ingatkan kebakaran besar berlaku di Kota Kinabalu, rupa-rupanya kebakaran kecil , petugas-petugas di pusat kawalan itu semua panik meninggalkan radar. Penerbangan kemudian diteruskan semula.  Kami menaiki pesawat itu  semula pada pukul 11.40 pagi dan tiba di Tawau pukul 2.30 petang. Akhirnya kami sampai ke rumah Felda Sahabat  pada pukul 8.00 malam.  Jauhnya perjalanan kami membosankan tetapi syukur alhamdulillah. Inilah pengalaman  perjalanan yang terpaksa berpatah balik.


No comments:

Post a Comment