Tuesday, March 22, 2011

Tragedi (KISAH 2) - Peristiwa balik kampung

 Aku tidak ingat bilakah peristiwa ini berlaku.  Apa yang pasti trajedi ini berlaku semasa aku dalam perjalanan balik ke kampung.  Pada masa itu aku mengajar di Pulau Pinang.  Aku menyewa sebuah rumah di Kampung Paya Keladi.
   Memang menjadi kelazimanku akan balik ke kampung pada masa cuti sekolah.  Tahu-tahu ajelah membosankan duduk di perantauan tambahan pula hati sentiasa teringat ke kampung.  Semasa  itu,  kedua-dua anakku masih kecil dalam usia 5 dan 6 tahun.  Suamiku tidak kisah, dia benarkan aku balik pada setiap cuti sekolah.  Aku pun tidak kisah sama ada balik dengannya atau tanpanya.  Selalunya kami anak beranak balik naik bas ekpres atau pun kereta api dari Pulau Pinang ke  Melaka.
   Kali ini kami menaiki bas ekpress pada pukul 10 malam .  Dalam perjalanan biasanya bas ekpres itu akan singgah di Tanjung Malim bagi membolehkan penumpangnya menunaikan hajat atau makan.  Setelah berhenti , maka pemandu pun bertukar. Pemandu kedua ini pun meneruskan perjalanan.  Semua penumpang keletihan agaknya atau tidak kisah, masing-masing tidur termasuklah aku.
   Tiba-tiba seorang lelaki menyuarakan , "Eh, bas ni berpatah balik ke Pulau Pinang stelah sejam meneruskan perjalanan".  Aku terpinga-pinga. Aku sebenarnya tidak tahu perjalanan bas ini, yang pastinya pemandulah tahu. Dia asyik melihat jam.  Dalam hatiku mesti dia ada mesyuarat atau perjumpaan dengan klien.  Akupun terus menyuruh dia memberitahu kepada pemandu itu.
  Akhirnya pemandu yang pertama tadi menegur pemandu kedua.  Memang benar perjalanan berpatah balik ke utara.  Mungkin pemandu kedua ini bermimpi atau berpisat.  Tidak semua penumpang prihatin dan peka termasuklah aku kecuali lelaki itu.  Sekiranya lelaki itu tidak ada alamat kami balik ke Pulau Pinang semula.  Oleh sebab itu kami sampai agak lewat ke kampung lebih kurang sejam.  Peristiwa ini sama berlaku pada tahun 2010 apabila kami berpatah balik ke LCCT setelah penerbangan hampir tiba ke destinasi Lapangan Terbang Tawau.

No comments:

Post a Comment