Maka jam kualihkan ke kayu white board manakala paku itu kubuangkan, nasib baik ada bawa penukul. Lama juga nak lekatkannya memakan masa 1 jam.
Pertama mesti ukur supaya lurus, kedua nak membuang dauble tape dan melekatkan ke dinding.
dah penuh ku lekatkan gambar di papan kenyataan
susahnya nak lekatkan kata-kata motivasi dan jam dialihkan ke white board.
Langsir tahun 2008, kalau tak silap masih kusimpan semasa pertandingan ceria merdeka di SKDN.
Bunga ini adalah cenderamata yang suami ku dapat, jadi tidak perlu ku keluarkan duit membelinya.
Bunga telur ini ku kumpul-kumpul dan reben pengikatnya adalah bekas reben pengikat hamper-hamper yang ku simpan. Inilah bunga pahar simpulan bahasa dan perumpamaan.
setelah ku letakkan bahan bacaan kelas, ada rekad bacaan ku harap murid-muridku mencatatnya tetapi alangkah terkejutnya aku apabila buku catatan tersebut ditulisnya cincai...dengan tulisan yang tidak kemas....Hai, di manakah kerajinan kamu, murid-muridku?
ReplyDelete