Tetapi kali, aku rasa kertas warna yang kugunakan warnanya telalu pucat mungkin sepucat semangatku. Entahlah malas hendak ke kedai untuk membeli kertas warna yang baru. Tambahan pula kali ini banyak dugaannya.
Puas kufikir bentuk, dulu kuguna mobail baju melalui teknik lipatan, hendak kubuat bunga raya, agak sukar kerana ada stigmanya, maka bentuk paling mudah bunga yang sama seperti di SK Sahabat 4 , Sabah, yang kutinggalkan sebagai buah tangan dan tanda kenangan yang aku pernah bertugas di sekolah itu. Semoga murid-murid yang belajar din kelas itu mendapat manfaatnya.
Inilah hasil tanganku yang tak seberapa dan mungkinkah aku akan membuatnya lagi setiap kali aku berpindah ke sekolah baru?
memang benar,berpindah ke SK Masjid Tanah, mengajar tahun 6, entah kali ke berapa harus aku membuat ABM nilai-nilai murni khas untuk bahagian C kertas penulisan.. Kalau di SK Sahabat 4 2 kali, di SK Sungai Sireh dan kini di SK Masjid Tanah...nilai-nilai tersebut kalau dah melekat di dinding, camna nak ditanggalkan...tinggallah ia sebagai bekas tanganku.
ReplyDelete