Setelah 3 minggu berulang- alik dari rumah ke sekolah yang sejauh 121 km pergi dan balik, aku kini semakin tidak bertenaga. Maka mulai pada 31 Mac hingga 2 April 2012, terpaksa ke klinik Nurul Huda untuk mendapatkan rawatan.
Pada mulanya, aku dah makan panadol tetapi tak berkesan. Semua sendi sakit-sakit dan terasa lemah hendak bertugas. Maka aku cuti sakit pada 2 April.
Setelah makan ubat demam, antibiotik dan sakit badan, timbul pula sakit pedih ulu hati. Aku tak tahu apa sebabnya. Semasa di sekolah pada hari ini, Selasa, terasa pedihnya. Aku ke kantin untuk makan supaya dapat menghilangkan rasa pedih ulu hati. Namun pedih ulu hati itu datang lagi. Aku hanya mampu bertahan.
Semasa memandu balik dari sekolah, tiba-tiba sakit ulu hati berulang lagi. Aku berdoa agar selamat semasa memandu. Menggelodak di dalam perut, angin atau pilu terasa. Sebaik-baik sampai di rumah, aku lumurkan minyak angin cap kapak, alhamdullah lega rasanya, semoga semua ubat yang dimakan dan digunakan berkesan. Hanya Allah sahaja yang menyembuhkan-Nya.
No comments:
Post a Comment