Untuk mengikis cat lama , makan masa. Hendak minta pertolongan murid-muridku ini mula-mula rajin, kemudian beransur-ansur bosan. Maka dibiarkan lama sangat aku pun bosan juga.
Aku minta pendapat guru-guru lama dan bertanya sana -sini, akhirnya ku buat keputusan drastik upah sahajalah. Beli cat murah sahaja RM35, cat kapur dan harga pengikis, berus dan roller berjumlah RM41. Upah orang mengikis dan mengecat RM100 untuk bilik darjah ini. Sudah takdir agaknya cat warna biru muda tidak ada, maka ku pilih sahaja warna kuning lembut.
Inilah sedikit sebanyak perubahan yang mampu ku buat. Sebenarnya aku ingin membuat sudut pembelajaran tetapi bahan bacaan tidak ada. Maka perlahan-lahan ku buat dan "laminate" agar tahan lama. Ada bahan-bahan yang ku buat semasa di Sabah dahulu, jadi selamatlah duitku.
No comments:
Post a Comment