Telah beberapa kali aku berjumpa dengan kerani sekolahku. Sejak berpindah ke SK Sungai Sireh pada 5 Mac 2012, banyak dugaan yang terpaksa ku hadapi.
Pada 25 Mac aku dipanggil oleh keraniku lebih kurang pukul 11.30 pagi. Aku diberitahu bahawa gaji dipotong sehingga tinggal sifar. Menurutnya , itu bukan kiraannya. AG yang memotong terus sebanyak RM4500.
Aku begitu terkejut kerana sepanjang bertugas hampir 28 tahun dan kali kelapan bertukar sekolah, inilah saat terciptanya sejarah. Bagaimana perasaan anda jika perkara ini berlaku?. Sebelum ini, dia sibuk mempersoalkan kesalahan kerani sekolah lamaku, Mariah , Sekolah Kebangsaan Sahabat 4 kerana tidak memotong elaun khidmat awam sebanyak RM300 walaupun aku telah mendapat elaun keraian RM400. Manalah aku tahu, ingatkan untunglah kalau memangku DG44 sebelum dapat pengesahan. Hatiku terguris asyik-asyik mempersoalkan mengapa elaun-elaun ku banyak dan tambahan lagi meminta surat memangku serta elaun memangku Guru Cemerlang DG 44 (KUP) . Janganlah asyik mencari kesalahan oraang lain. Memanglah kerani sekolahku tersilap, tetapi mengapa tidak dipersalahkan AG Sabah dan aku pula dikaitkan sama. Sabar sahajalah apa nak buat kamu dah potong gajiku tetapi aku mempersoalkan juga mengapa diganggu jadual potongan insuranku dan Biro Angkasaku.
Sungguh bijak , AG katakan.....sampai jitu dan tepat, sampai jadi 0.00 gajiku.
Tak apalah.
No comments:
Post a Comment