Bilik yang selesa dan banyak kemudahan perkhidmatan disediakan di hotel itu.
Kebetulan hotel tersebut berhadapan dengan laut, di kiri dan kanan serta sekeliling dipenuhi dengan deretan gedung beli-belah, bank, restoran dan pasar Filipina.
Sebelum balik sempat membeli-belah rantai mutiara, kerongsang, t-shirt , dan baju untuk anak-anak sebagai buah tangan.
Sementara menunggu kapal terbang Air Asia pukul 14.05 petang, kami berehat di bangku dan melihat ragam penumpang dan kapal terbang yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Boarding pass : Gate Closes : 13.45 petang
pendaratan kapal terbang Air Asia
Dalam kapal terbang Air Asia AK 5105
Bilakah kami akan berpeluang menaiki kapal terbang ke Kota KInabalu, Tawau dan Lahad Datu. Sekiranya dari Lahad Datu terpaksa naik MAS Swing. Selama hampir dua tahun berkhidmat di Sabah, inilah peluang menaiki kapal terbang MAS dan Air Asia.
No comments:
Post a Comment