Dalam dan luar rumah terpaksa dibersihkan. Dua hari, Selasa dan Rabu operasi di dalam rumah,kini Sabtu, Ahad dan Isnin operasi di luar rumah. LIhatlah tinggi rumput daripada rumah. Pokok-pokok pula dah menjalar di pagar rumah. Belum lagi lalang-lalang yang meliar di belakang rumah. Sempat juga menjengok pokok cempedak. Banyaknya buah tetapi aku tak kesempatan untuk membalutnya, kalau balut buahnya pun bukan aku yang dapat makan sebab aku terpaksa tinggalkan dan kembali ke Sabak Bernam untuk bertugas dan sesekali baru dapat balik.
Pemandangan di luar rumah dan di belakang rumah. sudah berhutan. Jom operasi, memesin rumput, mengumpul rumput-rampai yang telah dimesin , kemudian membakar pula. Pokok-pokok pandan sudah membiak begitu banyak. semut pula banyak dah bersarang di celah-celah manakala pokok tebu pula tidak ada yang hendak menjamahnya, maka aku pupuskan sedikit. Tengok nanti tentu banyak semula. Begitu juga pokok kari ini.
Keadaan berlainan pula di Sabak Bernam, tidak ada pokok pandan, kari dan limau purut yang perlu digunakan dalam masakan. Susah juga, aku perlu tanam kot di sana nanti.
No comments:
Post a Comment